Rais Hussin umum keluar Bersatu


Rais Hussin umum keluar Bersatu

Bekas ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu yang juga adalah pengerusi biro strategi dan dasar parti itu, Rais Hussin Mohamed Ariff mengumumkan keluar parti berkuat kuasa hari ini.

Dalam satu kenyataan media, pengasas bersama Bersatu itu, berkata, surat rasmi peletakan jawatannya dihantar kepada pimpinan parti, semalam.

“Walaupun saya bukan lagi ahli Bersatu, saya akan giat meneruskan perjuangan saya untuk negara yang lebih baik dalam membantu lebih ramai rakyat berdasarkan lima prinsip teras iaitu reformasi, keadilan, keterangkuman, progresif dan wasatiyyah (pendekatan seimbang secara adil),” katanya.

Rais Hussin tidak lagi aktif dalam parti itu sejak 2020 selepas menjalani prosedur jantung dan banyak menumpukan kepada pembangunan Emir Research sebuah badan NGO pemikir bebas yang menumpukan kepada cadangan dasar strategik.

Dia berkata dirinya mempunyai banyak kenangan daripada peringkat awal sebelum penubuhan parti sehingga berhadapan cabaran besar pada masa kini.

“Cabaran pada masa itu sangat besar, tetapi kami bersama membuat perkara mustahil untuk menghadapi semua rintangan,” katanya sambil menambah dia berharap akan dapat membukukan pengalaman politik itu.

Menurut Rais Hussin, dia akan terus bercakap benar kepada pihak berkuasa tanpa rasa takut atau pilih kasih berdasarkan data, sains, dan ekonomi.

“Itu memang DNA saya, kadang-kadang merugikan, tetapi demi kepentingan lebih besar untuk objektif lebih besar bagi membina semula negara kita ini untuk seluruh rakyat, bukan untuk segelintir orang.”

Dia yang juga bekas pengerusi Malaysia Digital Economy Corp (MDEC), dilantik menganggotai Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu pada 2016 tetapi tidak menyertai pemilihan parti pada 2020. Mk

Rais Hussin umum keluar Bersatu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker