Ban pecah di Tanjong Karang

Ban pecah di Tanjong Karang

TANJONG KARANG: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan berlaku kejadian ban pecah di dua lokasi sekitar Tanjong Karang, hari ini.

Pengarah JBPM Selangor, Norazam Khamis, berkata dua lokasi yang terjejas itu adalah Pekan Tanjong Karang dan Jalan Masjid Baroh.

Katanya, kejadian berlaku kira-kira jam 7 pagi menyebabkan berlaku limpahan air naik ke jalan raya dan kawasan berhampiran.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat ban pecah susulan kerja-kerja menaik taraf benteng.

“Pada masa sama, paras air di sekitar lokasi berada pada kedalaman antara 0.3 hingga 0.9 meter,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Bagaimanapun, katanya tiada pemindahan mangsa dilakukan setakat ini.

“Pihak bomba akan terus melakukan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada perkara tidak diingini berlaku,” katanya.

Terdahulu, tular di laman Facebook gambar dan video memaparkan situasi limpahan air di dua lokasi sekitar Tanjong Karang.

Ban pecah di Tanjong Karang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Yasmin Aziz Dakwa Bapa Kandung Seorang Pedofilia (Video)

Tak tahu arwah ada masalah jantung – Nabil

Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker