Pembiayaan ASB/-i, Maybank bantu Bumiputera melabur

Pembiayaan ASB/-i Maybank bantu Bumiputera melabur

KADAR inflasi yang meningkat sememangnya menjejaskan aktiviti ekonomi dunia sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Meskipun tiada cara spesifik bagi menghentikan inflasi, ramai yang masih bimbang untuk membuat pelaburan sebagai simpanan masa hadapan kerana tidak mempunyai modal yang banyak.



Demi memudahkan Bumiputera melabur dengan selamat dan tanpa ragu, syarikat perbankan terkemuka Malaysia, Maybank, tampil memberikan penyelesaian pelaburan terbaik dan dipercayai melalui Pembiayaan ASB/-i bagi membantu golongan Bumiputera Malaysia melabur di ASB tanpa perlu mengeluarkan modal permulaan.

Melalui Pembiayaan ASB/-i, pemohon akan diberikan pembiayaan daripada Maybank untuk membuat pelaburan semula ke dalam ASB.

Menyedari kebanyakan produk pelaburan di pasaran memerlukan jumlah permulaan yang besar untuk mendapatkan pulangan yang lebih banyak, Pembiayaan ASB/-i Maybank membenarkan pemohon untuk melabur sehingga RM200,000 selain menikmati bayaran ansuran bulanan serendah RM47.

Tidak cukup dengan itu, pemohon juga dapat menikmati kadar pembiayaan serendah 4.2 peratus setahunserta kadar dividen tahunan daripada pelaburan ASB yang konsisten.



Maybank adalah satu-satunya syarikat perbankan yang membenarkan permohonan pelaburan secara dalam talian iaitu melalui laman web atau aplikasi Maybank2u.

Penting untuk setiap pemohon memiliki akaun ASNB terlebih dahulu sebelum membuat permohonan pembiayaan ini secara dalam talian bagi urusan yang lebih lancar.

Bukan itu sahaja, orang ramai boleh membuat permohonan dalam talian sehingga 31 Oktober 2022 dengan jumlah pembiayaan minimum RM10,000 dan pemohon juga berpeluang untuk memenangi hadiah menarik seperti:

Hadiah Utama: Baucar percutian bernilai RM5,000



Hadiah Bulanan: Wang tunai RM100 (dikreditkan ke dalam akaun Maybank Islamic Zest-i)

Hadiah Bonus #ForYouth: RM100 baucar petrol di Petronas (hanya untuk peserta berumur 30 tahun ke bawah)

Bina masa depan yang lebih cerah bersama Pembiayaan ASB/-i Maybank.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang Pembiayaan ASB/-i Maybank sekarang.



Maybank dan Maybank Islamic ialah ahli PIDM. Akaun Maybank Islamic Zest-i tidak dilindungi oleh PIDM. Sila rujuk senarai deposit yang diinsuranskan melalui laman sesawang Maybank2U untuk maklumat lanjut.

Penafian: Semua produk yang ditawarkan di atas adalah tertakluk kepada terma dan syarat. Kesemua kadar pelaburan yang dinyatakan dalam artikel ini tertakluk kepada kadar semasa yang ditawarkan oleh Maybank ketika artikel ini ditulis dan ia boleh berubah tanpa sebarang notis.

Pembiayaan ASB/-i Maybank bantu Bumiputera melabur


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Yasmin Aziz Dakwa Bapa Kandung Seorang Pedofilia (Video)

Tak tahu arwah ada masalah jantung – Nabil



Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker