Sebaldi gigi emas ditemui dalam bilik seksaan di Ukraine

 

KIEV – Sebuah bilik seksaan didakwa milik Russia, di mana mangsa dikatakan dipaksa menyedut asap selain gigi mereka turut dicabut  ditemui di bandar Kharkiv, Ukraine, lapor akhbar Metro UK semalam.

Bilik seksaan digelar Auschwitz mini itu ditemui di perkampungan Pisky-Rad’kivs’ki, Kharkiv, di mana penduduk tempatan mendakwa ada mangsa yang ditanam secara hidup-hidup.

Beberapa rakaman imej didedahkan selepas askar dan orang awam dikatakan ditahan di bilik seksaan itu dan dipukul.

Imej-imej menunjukkan terdapat bekas plastik  dipenuhi dengan gigi emas dan topeng muka gas yang dikatakan digunakan untuk memaksa mangsa menyedut asap daripada kain buruk yang dibakar.

Beberapa mangsa terselamat berkata, mereka ditahan di situ selama berminggu-minggu dan diseksa semasa disoal siasat sehingga mereka memberitahu nama penduduk setempat yang menawarkan bantuan.

“Penduduk setempat sering terdengar bunyi jeritan dari sini. Pasukan penyiasat menemui sebuah bilik seksaan yang kejam di kampung ini.

“Polis telah diberitahu mengenai seksaan yang berlaku di sini termasuk menanam mangsa secara hidup-hidup dan menggunakan topeng muka yang mengandungi asap kain buruk,” kata Ketua Penyiasat wilayah Kharkiv, Serhii Bolvinov.

Bolvinov berikrar bahawa pihak yang bertanggungjawab dalam aktiviti penyiksaan  itu akan dihukum.

Russia sebelum ini berkali-kali menafikan pencabulan hak asasi manusia sejak tenteranya dihantar berperang ke Ukraine pada Februari lalu. – Agensi

Sebaldi gigi emas ditemui dalam bilik seksaan di Ukraine

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker