37 terbunuh dalam insiden tembakan pusat jagaan kanak-kanak

Seorang anggota polis yang dipecat membunuh 37 orang termasuk 24 kanak-kanak dalam kejadian tembakan di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di wilayah Nong Bua Lamphu, Thailand.

Lelaki berusia 34 tahun itu melarikan diri dari pusat jagaan kanak-kanak di Uthai Sawan di wilayah Nong Bua Lamphu, kira-kira 500 kilometer (km) timur laut Bangkok dengan menaiki kenderaan dan kemudian membunuh isteri dan anak lelakinya sebelum maut dengan menembak dirinya.

Dalam perjalanan pulang, lelaki itu memandu keretanya ke arah orang ramai dan melepaskan tembakan ke arah mereka.

Sehingga lapan malam (waktu tempatan) tadi, polis Thailand memaklumkan 37 terbunuh termasuk 24 kanak-kanak berusia antara dua dan empat tahun dan 13 dewasa termasuk lelaki bersenjata itu sendiri. Sehingga kini 10 lagi cedera termasuk enam dalam keadaan kritikal

Ketua Polis Negara Jeneral Damrongsak Kittiprapat berkata lelaki bersenjata itu ditahan atas kesalahan berkaitan dadah dan dipecat pada Jun lepas.

Sementara itu, jurucakap polis Mejar Jeneral Paisal Lauesomboon berkata lelaki bersenjata itu berada di mahkamah atas tuduhan dadah sebelum insiden tembakan berkenaan.

Dia berkata lelaki itu yang dipercayai kecewa dan tertekan tiba di pusat jagaan kanak-kanak itu untuk mencari anaknya, namun anaknya tidak berada di situ.

“Lelaki itu mula menembak dan menikam guru dan kanak-kanak di pusat berkenaan sebelum melarikan diri dari tempat kejadian,” katanya.

Media tempatan melaporkan bahawa ketika kejadian guru sedang makan tengah hari manakala kanak-kanak itu tidur di beberapa bilik.

Terdapat 24 kanak-kanak di pusat itu semasa tragedi. Bilangan kanak-kanak agak sedikit hari ini kerana ramai tidak hadir kerana hujan lebat.

Sementara itu, Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha mengarahkan agensi berkaitan memberi bantuan yang diperlukan dan membantu keluarga mangsa serta mereka yang cedera dalam kejadian itu.

Dia turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

Tragedi itu berlaku kurang sebulan selepas dua anggota tentera terbunuh dan seorang cedera dalam kejadian tembakan di Kolej Tentera Diraja Thailand di daerah Dusit di Bangkok pada 14 Sept.

Seorang sarjan mejar berusia 59 tahun menembak mati dua rakannya di kolej berkenaan.

Pada Februari 2020, seorang anggota tentera menembak mati 29 orang dan mencederakan 57 yang lain dalam kejadian amuk di empat lokasi di wilayah Nakhon Ratchasima. Tentera berusia 32 tahun itu ditembak mati oleh polis 17 jam kemudian.

-Bernama

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker