ISU NAJIB RAZAK & CUKAI PENDAPATAN

Oleh Dr Shamsher Singh Thind

Undang-undang berkaitan dengan cukai pendapatan bukan bidang amalan saya tapi saya nak buat ulasan sedikit berdasarkan pada ilmu yang saya telah pelajari semasa mengikuti kursus di Harun M Hashim Law Centre, UIAM pada tahun 2005/2006 (bukti foto dilampirkan).

Pertama sekali, betul Mahkamah Tinggi baru-baru ini mengarahkan Datuk Seri Najib Razak a.k.a. Bossku membayar cukai pendapatan sebanyak ~ RM 1.7 billion tetapi kena ingat, arahan Mahkamah adalah selaras dengan peruntukan di bawah seksyen 106(1) dan seksyen 106(3) Akta Cukai Pendapatan 1967, yakni LHDN boleh menyaman sesiapa sahaja yang gagal membayar cukai sepertimana yang dinyatakan dalam notis taksiran yang dikeluarkan, dan Mahkamah tidak boleh melayan sebarang alasan bahawa cukai yang ditaksirkan oleh LHDN itu adalah tidak sah atau tidak munasabah.

Dalam kata lain, Mahkamah Tinggi mengarahkan Bossku membayar cukai sebanyak itu kerana itulah yang diminta oleh LHDN. Sama ada permintaan LHDN itu sah dan munasabah, Mahkamah Tinggi bersikap “don’t know don’t care”, buat masa ini.

Menurut seksyen-seksyen 99, 101 dan 102 serta Jadual Kelima kepada Akta yang sama, sesiapa yang tidak berpuas hati dengan taksiran LHDN boleh memfailkan notis rayuan kepada Ketua Pengarah LHDN, yang akan membuat semakan semula dalam masa 12 bulan, dengan tambahan 6 bulan lagi dengan kebenaran Menteri Kewangan. Melainkan perjanjian penyelesaian dicapai di antara KP LHDN dan orang yang dikenakan cukai, rayuan tersebut akan diputuskan oleh Pesuruhjaya Khas. Sekiranya, orang yang dikenakan cukai itu tidak berpuas hati dengan keputusan Pesuruhjaya Khas, barulah Mahkamah Tinggi mempunyai bidangkuasa untuk membuat penilaian.

LHDN telah mengeluarkan notis taksiran meminta Bossku membayar cukai tersebut kerana menerima wang sebanyak RM2.6 billion. Bossku pula telah memfailkan rayuan kepada Pesuruhjaya Khas kerana wang yang diterima itu adalah derma politik yang walau apa pun telah dikembalikan kepada pemilik asal. Namun, tiada perjanjian dicapai di antara KP LHDN dan Bossku, dan rayuan ini juga masih belum diputuskan oleh Pesuruhjaya Khas.

Komen saya:

(1) Kenapa LHDN tak tunggu sehingga Pesuruhjaya Khas membuat keputusan rayuan sebelum memfailkan saman dalam Mahkamah Tinggi untuk menuntut cukai tersebut? What is the rush?

(2) LHDN harus faham amaun cukai yang dituntut adalah terlalu besar dan mustahil untuk dibayar, lebih-lebih lagi apabila sebahagian besar amaun RM 2.6 billion yang diterima itu telah dipulangkan (https://www.malaysiakini.com/news/432338). Ada rancangan nak bankrapkan Bossku kah?

(3) Adakah derma itu boleh dikenakan cukai? Kalau ya, adakah Lim Guan Eng juga dikenakan cukai kerana memperolehi derma RM 1 juta sebagai wang jamin dalam kes banglo (https://www.malaysiakini.com/news/347361)? Bagaimana pula dengan Rafizi? Ada kena cukai (https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/08/04/saman-nfc-rafizi-kumpul-lebih-rm1-5-juta-dalam-10-hari)?

(4) PH selama ini menuduh bahawa RM 2.6 juta yang diterima oleh Bossku ini adalah wang 1MDB kepunyaan rakyat yang telah dirompak. Tetapi untuk LHDN, RM 2.6 billion itu adalah keuntungan yang boleh dikenakan cukai. Yang mana satu ini? Kalau wang haram, sepatutnya kerajaan rampas keseluruhan wang tersebut dan bukan mengenakan cukai dan penalti kerana lewat bayar cukai. Tapi kalau keuntungan yang boleh dikenakan cukai, maka itu bukan wang haram. Siapa nak jelaskan isu ini? Mahfuz boleh?

P.S. Memang diakui Bossku kata siapa yang tak bayar cukai itu adalah pengkhianat. Tapi kalau tak ada keuntungan yang boleh dikenakan cukai (contohnya derma), maka tiada keperluan untuk membayar cukai. Bossku dan sesiapa sahaja berhak mencabar keputusan LHDN sekiranya tak sah atau tak munasabah. Contoh pengkhianatan adalah: selepas menang PRU 14, PH tak tunaikan janji kepada rakyat, Dr M tak serahkan jawatan kepada DSAI dan Dyana Sofea berkahwin dengan Zairil selepas tidak mengakui identiti perempuan dalam foto intim.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker