Pakat keluar parti, Bersatu tiada masa depan

Zahid ulas tindakan Rais Hussin

Pakat keluar parti, Bersatu tiada masa depan

Bekas pengerusi biro strategi dan dasar Bersatu, Rais Hussin Mohamed Ariff keluar parti itu susulan keyakinan parti itu tidak mempunyai masa depan, dakwa Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, sekiranya Bersatu mempunyai masa depan, sudah tentu Rais akan terus bersama memperjuangkan parti.

“Lebih-lebih lagi apabila parti mempunyai jawatan strategik dalam kerajaan termasuk Kabinet dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Namun, pakar strategis tersebut tetap dapat membaca secara tajam, meskipun Bersatu ada jawatan menteri Kabinet kanan, menteri, timbalan menteri dan pegang jawatan,” katanya dalam kenyataan di Facebook.
-ADVERTISEMENT-

Ads by

Katanya, jawatan pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) dilihat tidak memberi impak terhadap negara dan parti itu.

Zahid berkata, Rais sudah pasti pakar membaca dan menjangka situasi politik semasa.

Katanya, manakala ahli Bersatu biasanya tidak sedar mengenai perkara itu dan melainkan terus hanyut dengan “mimpi” dan kepercayaan bahawa parti berkenaan boleh memang besar dan membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Cuma untuk ahli-ahli Bersatu yang bukan berstatus pengasas bersama Bersatu dan ahli strategis, ingin saya tanyakan, anda ahli-ahli biasa di peringkat cawangan bila lagi keluar dari parti Bersatu?” sindirnya.

Pada 7 Okt, Rais yang juga bekas ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu mengumumkan keluar parti.

Rais menghantar surat rasmi peletakan jawatannya kepada pimpinan Bersatu, pada 6 Okt.

Rais berkata, beliau tidak lagi aktif dalam parti itu sejak 2020 selepas menjalani prosedur jantung dan banyak menumpukan kepada pembangunan EMIR Research sebagai badan pemikir bebas yang menumpukan kepada cadangan dasar strategik. FMT

Pakat keluar parti, Bersatu tiada masa depan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Wanita ‘korek’ bayi dari perut ibu berdepan hukuman mati

Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam

Pemuda cekik saudara sendiri, gantung mayat pada paip

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker