Tommy Thomas disaman atas ‘kegagalan dan kebodohan’ menangani tuntutan Sulu

PETALING JAYA: Dua timbalan ketua menteri Sabah antara sembilan plaintif memfailkan saman terhadap bekas peguam negara Tommy Thomas kerana didakwa gagal menangani pertikaian tuntutan ke atas Wilayah Borneo Utara oleh waris kesultanan Sulu.

Mereka mahukan satu deklarasi bahawa Thomas, yang merupakan penasihat undang-undang kerajaan antara Jun 2018 dan Februari 2020, melakukan penyalahgunaan kuasa dalam jawatan awam.

Selain Jeffrey Kitingan dan Joachim Gunsalam, plaintif lain ialah menteri Jahid Jahim dan Ellron Angin, serta pembantu menteri Joniston Bangkuai, Abidin Madingkir, Robert Tawfik, Julita Mojungki dan Flovia Ng.



Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 16 Ogos manakala kertas perundangan telah diserahkan kepada Thomas di firma guamannya di Kuala Lumpur awal bulan ini.

Dalam pernyataan tuntutan dilihat FMT, plaintif mahukan injunksi untuk Thomas menarik balik kenyataan prejudis dan menghalangnya daripada membuat kenyataan awam berhubung keputusan timbang tara dikeluarkan oleh penimbang tara Sepanyol Gonzalo Stampa.

Pada Februari, mahkamah timbang tara Perancis merekodkan keputusan Stampa bahawa Malaysia mesti membayar RM62.59 bilion (USD14.92 bilion) kepada waris Sultan Sulu kerana melanggar perjanjian 1878.

Malaysia kemudian mencabar keputusan dibuat oleh Stampa, dengan kes bermula di Madrid dan kemudian dipindahkan ke Paris.



Plaintif juga mahu Thomas membayar USD14.92 bilion akibat tindakannya atau sebagainya.

Katanya, keturunan Sulu telah menyampaikan notis awal dengan niat untuk memulakan timbang tara pada November 2017 dan kemudian memfailkan permohonan bagi pelantikan seorang penimbang tara di Mahkamah Madrid pada Februari 2018.

Pada November 2018, Malaysia tidak diwakili dalam permohonan itu dan mahkamah memutuskan Putrajaya ingkar dalam permohonan itu.

Pada Mei 2019, mahkamah melantik Stampa sebagai penimbang tara tunggal. Beliau kemudian mengeluarkan notis kepada Malaysia untuk menghadiri persidangan di Madrid pada 24 Okt dan 25 Okt 2019.



Plaintif berkata, Thomas gagal menjawab notis atau menghadiri mesyuarat untuk mempertahankan kedudukan Malaysia.

Mereka berkata, Thomas juga memutuskan bahawa Malaysia tidak sepatutnya mengambil bahagian atau campur tangan dalam prosiding timbang tara untuk mencabar bidang kuasa Stampa.

Ini menyebabkan Stampa mengeluarkan arahan supaya kerajaan Malaysia membayar kepada waris Sultan Sulu.

Katanya, Thomas menulis surat kepada seorang lagi peguam, Paul Cohen, pada 19 Sept 2019, menyatakan kekesalan bahawa bayaran tahunan RM5,300 kepada waris Sultan Sulu telah dihentikan sejak 2013, tetapi Malaysia “mampu dan sanggup” membayar tunggakan.



Plaintif, antara lain, berpendapat bahawa kegagalan Thomas untuk menyatakan dengan betul kedudukan undang-undang menyebabkan mahkamah mengarahkan Malaysia membayar ganti rugi USD14.92 bilion.

Mereka berkata, surat pada 19 Sept itu sangat cacat dan memudaratkan Malaysia, manakala Thomas tidak menyedari bahawa timbang tara itu adalah satu serangan terhadap kedaulatan negara dan hak komersial di luar negara.

Thomas mengeluarkan surat itu tanpa berunding dengan sewajarnya mahupun mendapat kelulusan Kabinet ketika itu.

Kenyataan media Thomas berikutnya mengenai isu itu tahun ini memudaratkan cabaran Malaysia mengenai pembayaran itu, yang mungkin dikuatkuasakan di mana-mana satu daripada 165 negara di bawah Konvensyen New York.



Plaintif berkata, Thomas melakukan “tort” (kecuaian) salah guna kuasa dalam jawatan awam apabila gagal mengambil bahagian dalam atau menghentikan prosiding timbang tara serta mengeluarkan surat 19 Sept.

Pertikaian itu berpunca daripada kandungan perjanjian 1878 antara Sultan Sulu ketika itu, Sultan Jamal Al Alam, dan Baron de Overbeck, maharaja Sabah ketika itu, dan Alfred Dent daripada Syarikat British Borneo Utara.

Di bawah perjanjian itu, Jamal menyerahkan kedaulatan ke atas sebahagian besar Sabah kepada Dent dan Overbeck, yang bersetuju bahawa mereka dan bakal waris mereka membayar waris sultan 5,000 dolar Mexico setiap tahun.

Pada tahun 1936, Sultan Sulu terakhir yang diiktiraf secara rasmi, Jamalul Kiram II, mangkat tanpa waris, dan pembayaran dihentikan buat sementara waktu sehingga ketua hakim Mahkamah Tinggi Borneo Utara Charles F Macaskie menamakan sembilan waris yang dilantik oleh mahkamah pada 1939.



Malaysia mengambil alih pembayaran itu kepada pewaris menurut perjanjian susulan kemerdekaan Sabah menerusi pembentukan Malaysia pada 1963.

 

 

Bagaimanapun, pembayaran itu yang bersamaan RM5,300 setahun dihentikan berikutan pencerobohan oleh lelaki bersenjata di Lahad Datu, Sabah.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Yasmin Aziz Dakwa Bapa Kandung Seorang Pedofilia (Video)

Tak tahu arwah ada masalah jantung – Nabil

Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker