Pakatan Harapan Sukar Menang Jika Pas-UMNO-Bersatu Bergabung Di PRU15 – Penganalisis

Sekiranya penggabungan itu dapat direalisasikan, peluang untuk PH menang menjadi tipis

Pakatan Harapan Sukar Menang Jika Pas-UMNO-Bersatu Bergabung Di PRU15 – Penganalisis

Sekiranya Pas, UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bergabung, Pakatan Harapan (PH) akan berdepan laluan sukar dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Penganalisis Politik, Prof Ahmad Marthada Mohamad berkata, sekiranya penggabungan itu dapat direalisasikan, peluang untuk PH menang di banyak kerusi akan menjadi tipis disebabkan undi Melayu tidak berpecah.



“Berdasarkan kepada keputusan sebelum ini yang mana Barisan Nasional (BN) kalah… kita dapati undi di kalangan masyarakat Melayu itu berpecah tiga.

“Jadi apabila parti mewakili orang Melayu ini bergabung, sudah tentu gabungan itu akan menjadi kuat, kukuh dan mampu mengatasi mana-mana calon daripada PH.

“Ini kerana kita lihat apabila parti Melayu bergabung, sudah tentu ia akan mempunyai sokongan dan dukungan yang cukup kuat.

“Undi juga akan lebih tertumpu kepada kawasan terutama majoriti yang sangat memerlukan kepada penyatuan bagi menghadapi pilihan raya,” katanya ketika bersiaran langsung dalam Buletin AWANI pada Ahad.



Penyatuan ketiga-tiga parti itu masih lagi menjadi buah mulut terutamanya selepas Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengeluarkan kenyataan berhubung gabungan itu selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat.

Dalam kenyataan itu, Ahli Parlimen Marang itu berkata Pas berpandangan perlu ada ‘keanjalan’ dalam rundingan antara ketiga-tiga parti teras Melayu terbabit seterusnya menjamin kestabilan politik negara pasca- PRU15.

Begitupun, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini memberi kata dua kepada Pas iaitu sama ada memilih Bersatu atau UMNO.

Memandangkan tarikh PRU15 dikhabarkan semakin hampir, isu penyatuan ketiga-tiga parti itu pasti akan terus dibincangkan baik di peringkat Pas, UMNO mahupun Bersatu.AA



Pakatan Harapan Sukar Menang Jika Pas-UMNO-Bersatu Bergabung Di PRU15 – Penganalisis

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Wanita ‘korek’ bayi dari perut ibu berdepan hukuman mati

Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam



 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker