Pembunuhan di Damansara, seorang ditahan seorang lagi masih diburu

PETALING JAYA – Seorang lelaki ditahan selepas disyaki terlibat dalam kes pembunuhan di Damansara, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, suspek ditahan di Kota Damansara kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi.

“Pada pukul 9.15 malam semalam polis telah menerima panggilan daripada pengadu seorang lelaki tempatan yang melaporkan mengenai kejadian jirannya seorang lelaki tempatan yang telah dipukul sehingga tidak sedarkan diri di hadapan rumahnya.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia pada pukul 10.08 malam oleh pegawai perubatan yang hadir memeriksa mangsa di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Siasatan awal mendapati mangsa yang merupakan anggot Rela berusia 45 tahun telah dipukul di bahagian kepala dengan menggunakan topi keledar dan sebatang kayu oleh dua lelaki warga tempatan di hadapan rumahnya.

“Punca kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa menegur suspek yang dipercayai sedang berada dalam keadaan mabuk ketika di dalam sebuah lif.

“Suspek yang tidak berpuas hati kemudian telah mengejar mangsa sehingga di hadapan rumahnya sebelum bertindak memukul mangsa,” ujarnya.

Siasatan di tempat kejadian oleh Unit Forensik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor telah merampas sebuah topi keledar, sebatang kayu dan satu pemetik api.

“Hasil soal siasat terhadap suspek mengaku terlibat dalam kes yang diadu bersama seorang lagi suspek lelaki berusia 24 tahun yang kini masih bebas.

“Suspek telah ditahan untuk siasatan lanjut dan polis turut merampas sehelai baju t-shirt berwarna hitam, sehelai seluar pendek jeans, seutas tali pinggang dan sepasang kasut,” tambahnya.

Mohamad Fakhrudin berkata, suspek telah ditahan reman selama enam hari bermula hari ini hingga 14 Oktober nanti bagi membantu siasatan.

“Polis masih mengesan rakan sejenayah suspek yang masih bebas. Orang awam yang menyaksikan kejadian atau mengetahui keberadaan suspek boleh tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Mohd. Hafizee Ismail di talian 013-358 7571.

“Sementara itu, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana telah membunuh,” katanya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Wanita ‘korek’ bayi dari perut ibu berdepan hukuman mati

Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam

Pemuda cekik saudara sendiri, gantung mayat pada paip

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker