PRU15: PAS, Umno dijangka bertembung di 27 kerusi

PRU15: PAS, Umno dijangka bertembung di 27 kerusi

PAS gagal memenuhi syarat yang digariskan Umno untuk bekerjasama dalam pilihan raya umum akan datang, menurut Naib Presiden Umno Khaled Nordin.

Justeru, bekas menteri besar Johor itu menjangkakan kedua-dua parti akan bertembung di 27 kerusi parlimen yang bertindih.



Kerjasama Umno dan PAS, kata Khaled secara automatik akan terputus apabila PAS gagal memenuhi tiga syarat yang ditetapkan presiden parti Ahmad Zahid Hamidi.

“Kita tak ubah syarat kita iaitu tiga perkara yang presiden sebut. Bila PAS tak terima (syarat) tu, dengan sendirinya (tawaran kerjasama) gugur, itu saja.

“Kalau tak ada (kerjasama) memang maknanya akan ada pertandingan (pertembungan kerusi Umno-Pas),” kata Khaled seperti dipetik Sinar Harian selepas Mesyuarat MKT Umno di Pusat Dagangan Dunia (WTC) malam tadi.

Pada 2 Okt, Ahmad Zahid memaklumkan tiga syarat yang dikemukakan kepada Presiden PAS Abdul hadi Awang jika parti itu mahu menjalin semula hubungan dengan Umno.



Syarat itu menuntut PAS keluar daripada Perikatan Nasional (PN), memutuskan hubungan politik dengan Bersatu dan mengumumkan secara rasmi bahawa mereka ‘mufarakah’ (berpisah) seratus peratus daripada PN dan Bersatu. Mk

PRU15: PAS, Umno dijangka bertembung di 27 kerusi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Yasmin Aziz Dakwa Bapa Kandung Seorang Pedofilia (Video)

Tak tahu arwah ada masalah jantung – Nabil



Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker