Ini semua salah lanun bola – TMJ

Ini semua salah lanun bola – TMJ

Ingatkan sudah selesai segala hutang namun rupanya indah khabar dari rupa apabila Kedah Darul Aman (KDA) FC masih lagi menanggung tunggakan bayaran cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjumlah jutaan ringgit.

Perkara itu dikongsi pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi satu surat LHDN kepada pengurusan KDA FC yang menyaksikan skuad Sang Kenari gagal membayar cukai LHDN membabitkan pemain dan pegawai pasukan sejak Julai tahun lalu.

Menerusi perkongsian Tunku Ismail di laman Instagram miliknya juga turut memaparkan dakwaan seorang pengamal media Zulhelmi Zainal Azam mengenai situasi yang melanda KDA FC.



Berdasarkan kenyataan terbabit mendakwa pasukan KDA FC mengalami kemerosotan prestasi ketika ini berikutan mempunyai masalah dalaman membabitkan isu cukai LHDN hingga menjejaskan pergerakan beberapa staf kejurulatihan dan pemain import untuk ke luar negara.

Neelofa akhirnya tunjuk wajah Bilal

Namun lebih menarik adalah kenyataan daripada pemilik JDT berkenaan yang sambil berseloroh mendakwa masalah melanda KDA FC mungkin salah ‘lanun bola sepak’.

“Ini semua salah lanun bola,” tulis Tunku Ismail di laman Instagram miliknya.

Mengikut rekod, awal tahun lalu Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendedahkan badan induk berkenaan masih memiliki hutang kira-kira RM10 juta dengan LHDN.



Beliau yang juga Menteri Besar Kedah berkata, ia adalah hutang lapuk yang terpaksa ditanggung oleh pengurusan persatuan berkenaan ketika ini.

Namun, pendedahan Tunku Ismail berkenaan sudah pastinya akan menyebabkan kem KDA FC dalam kepanasan terutama apabila kedua-dua bos besar pasukan terbabit sering bertelagah di media sosial. HM

Ini semua salah lanun bola – TMJ


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Yasmin Aziz Dakwa Bapa Kandung Seorang Pedofilia (Video)

Tak tahu arwah ada masalah jantung – Nabil

Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker