MUDA masih menagih simpati Anwar untuk sertai PH

 

Pengerusi PH Anwar Ibrahim berkata ada kemajuan dalam rundingan dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) berkenaan permohonan untuk menyertai gabungan itu.

Anwar berkata demikian ketika ditanya berhubung laporan yang memetik sumber mendakwa Majlis Presiden PH telah membuat keputusan untuk menolak permohonan tersebut.

“Tak betul, kita tengah berunding (dan) ada kemajuan,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya, Selangor malam tadi.

Akhir bulan lalu, PH bersetuju untuk membentuk jawatankuasa bagi mengadakan rundingan dengan Muda dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Ia berhubung permohonan Muda untuk menyertai PH serta hasrat PSM untuk bekerjasama dengan gabungan itu secara rasmi dalam PRU15.

Jawatankuasa itu dianggotai Naib Presiden PKR Nik Nazmi Nik Ahmad, Setiausaha Organisasi DAP Steven Sim Chee Keong, Ketua Pemuda Amanah Mohd Hasbie Muda dan Naib Presiden Upko Ewon Benedick.

Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil pula berkata keputusan akan dibuat seawal Rabu ini.

“Majlis Presiden akan putuskan…Tunggu kenyataan rasmi seawal Rabu ini,” katanya.

Sementara itu, Fahmi berkata mesyuarat malam tadi diadakan antara lain bagi membincangkan persediaan PKR di setiap negeri bagi menghadapi PRU15, susulan pembubaran Parlimen yang diumumkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Berkenaan calon yang akan diletakkan PKR, dia berkata parti itu berharap ia akan dapat dimuktamadkan secepat mungkin.

“Sekarang fokus bukan saja kerusi yang disandang, tetapi juga beberapa kerusi lain yang menjadi sasaran kita.

“Semestinya kita fokus kepada kerusi pengkhianat dan ini menjadi fokus khusus pimpinan,” katanya merujuk kerusi yang disandang bekas pemimpin PKR yang keluar parti ketika Langkah Sheraton lebih dua tahun lalu.

Perkara itu telah disebut Anwar dalam wawancara bersama Malaysiakini akhir bulan lalu, yang antara lain membayangkan pemimpin utama PKR akan diletakkan di kawasan-kawasan tersebut.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Yasmin Aziz Dakwa Bapa Kandung Seorang Pedofilia (Video)

Tak tahu arwah ada masalah jantung – Nabil

Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker