Pemandu Honda himpit kereta depan elak bayar tol (Video)

Pemandu Honda himpit kereta depan elak bayar tol

Tindakan seorang pemandu kereta tidak bertanggungjawab yang cuba mengelak daripada membayar tol tular di media sosial sejak semalam.

Menerusi perkongsian video di TikTok pengguna @nhm0312 menunjukkan perbuatan pemandu itu yang tiba-tiba bertindak mengundurkan kenderaannya apabila tiba giliran membayar tol di lokasi yang tidak dinyatakan.

Tidak terhenti di situ, pemandu kereta jenis Honda tersebut dilihat mengubah keretanya ke belakang lantas mengikut rapat kenderaan di hadapan sehingga percubaan melepasi tol tanpa bayar, berjaya.

Tindakan pemandu itu mendapat kecaman netizen yang menyifatkan perbuatan itu bukan sahaja tidak bertanggungjawab malah juga memalukan.

“Dekat sini kita boleh belajar nak pilih pasangan jangan tengok kerete tapi tengok akaun bank,” komen @uncle sam.

“Memang begitu. Banyaknya naik kereta besar tapi tak nak bayar tol. Setakat bayar seringgit dua pun susah,” ujar R A A pula.

“Saya dah terkena sekali dengan Honda. Jadi kali kedua saya berhenti lepas palang. Kereta tu hon gila-gila, lantaklah,” kata dissedgirl.

Setakat ini video tersebut telah ditonton lebih 35,200 kali dengan 112 perkongsian. K Online

[videopress Gk98RAfL]

Pemandu Honda himpit kereta depan elak bayar tol


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isteri mengamuk tampar suami leka menyanyi bersama wanita lain [VIDEO]

Model jelita disuntik racun, mayat disimen dan dibuang di gurun

Bomoh dicekup berkhalwat dengan isteri orang

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker