Pelakon Tarzan, Joe Lara antara 7 terbunuh selepas pesawat terhempas


PELAKON Amerika, Joe Lara yang membintangi “Tarzan: The Epic Adventures” terkorban dalam nahas pesawat bersama isterinya dan beberapa orang lain selepas pesawat yang mereka naiki terhempas ke dalam tasik.

Lara, 58, antara tujuh yang terbunuh dalam nahas pada Sabtu itu, lapor akhbar berkenaan memetik kenyataan polis pada Ahad, lapor agensi berita Associate Press.

Mangsa lain termasuk isterinya, Gwen Lara, 66, dan lima lagi penumpang.

Pesawat Cessna C501 terhempas ke dalam tasik Percy Priest berhampiran Smyrna, sebuah bandar di Rutherford County, Tennessee, Amerik Syarikat pada Sabtu pagi, sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Smyrna Rutherford County.



Pesawat itu dijadual menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Palm Beach, Florida, menurut pegawai kecemasan.

Pihak berkuasa mengesahkan semua tujuh penumpang maut.

“Usaha sekarang ditukar daripada misi menyelamat kepada usaha pemulihan. Setakat ini, kami tidak lagi mangsa yang masih hidup,” kata Pasukan Penyelamat Rutherford County, Kapten Joshua Sanders dalam satu sidang akhbar.

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Amerika Syarikat (NTSB) sudah melancarkan siasatan bagi mengenal pasti punca nahas. Utv



#RIP: Pelakon, pelawak Ramasundran meninggal dunia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker