Ismail ucap selamat kembali kepada rakyat yang pulang dari luar negara

Ismail ucap selamat kembali kepada rakyat yang pulang dari luar negara

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Jumaat mengucapkan selamat kembali ke tanah air kepada semua rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara susulan pembukaan sempadan negara selaras dengan ‘Fasa Peralihan ke Endemik’ yang bermula Jumaat.

Perdana Menteri turut berkongsi perasaan gembiranya dan bersyukur apabila melihat pelbagai hantaran di media sosial Keluarga Malaysia yang sangat gembira dapat pulang ke Malaysia pada Jumaat.



Beliau menyifatkan, fasa peralihan ke endemik itu membawa kegembiraan kepada seluruh Keluarga Malaysia dan ia dapat menyatukan semula hubungan kasih sayang yang terpisah jauh, termasuk rakyat negara ini yang berada di Singapura.

“Setelah hampir lebih dua tahun kita berperang dengan pandemik Covid-19 dan ada yang terpaksa berjauhan dari keluarga, hari ini 1 April 2022 Malaysia berjaya membuka sempadan negara.

“Selamat kembali ke tanah air, Keluarga Malaysia yang amat saya sayangi,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau pada Jumaat.

Tepat 12 tengah malam tadi, kesemua pintu sempadan antarabangsa Malaysia dibuka selaras dengan fasa peralihan ke endemik yang berkuat kuasa pada 1 April.



Pembukaan sempadan itu menyaksikan rakyat Malaysia khususnya di Singapura, pulang ke tanah air, malah detik bersejarah itu dikongsikan ramai pengguna media sosial yang rata-rata sebak dan terharu dapat kembali ke kampung halaman masing-masing.

Negara memasuki fasa peralihan ke endemik mulai 1 April dengan beberapa kelonggaran mula diberikan, antaranya pembukaan sempadan negara, premis perniagaan boleh beroperasi mengikut masa lesen perniagaan masing-masing dan tiada penjarakan fizikal semasa solat di masjid dan surau atau upacara sembahyang di rumah ibadat lain. Sinar

Ismail ucap selamat kembali kepada rakyat yang pulang dari luar negara


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengku Hassanal Kongsi Momen Bertemu Tengku Aleya, Sempat Kena ‘Sound’ Dengan Raja Permaisuri Agong

Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri, Tak Guna Sebarang Sos Pun



Laptop Tak Mampu Beli, Tapi Pakai iPhone – Rani Kulup



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker