Tiada kartel dalam pasukan polis – KPN

Tiada kartel dalam pasukan polis – KPN

Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani menafikan kewujudan kartel atau campur tangan pihak luar bagi menentukan jawatan tertentu dalam pasukan keselamatan itu.

“Isu kartel dalam polis tidak wujud, kerana sekiranya wujud, kita akan lihat sekelompok individu yang berada di depan.



“Tapi apa yang pasti, penempatan pegawai dan anggota adalah melalui langkah dan tapisan dari peringkat kontinjen, jabatan pengurusan sebelum kepada saya dan dikemukakan ke Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) untuk keputusan akhir,” katanya selepas menghadiri Majlis Apresiasi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Beliau berkata, tapisan ketat itu menyukarkan kewujudan gerakan kartel seperti didakwa dan sebarang campur tangan luar akan menyebabkan susunan pegawai kanan tidak teratur.

Kenyataannya bercanggah dengan bekas Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador yang mendakwa terdapat “kartel polis” bersekongkol dengan penjenayah untuk menjatuhkannya.

Februari lalu, EAIC dilaporkan berkata, ia tidak dapat mengesahkan kebenaran terhadap dakwaan Hamid berhubung kewujudan kartel dalam pasukan polis.



Pengerusinya, Sidek Hassan berkata, penemuan itu dibuat berdasarkan keterangan saksi dan dokumen sembilan bulan selepas ia melancarkan siasatan pada Mei.

EAIC turut membidas Hamid hilang hak mengulas isu itu kerana beliau tidak memberikan nama pegawai terbabit atau sebarang bukti untuk menyokong dakwaannya itu. FMT

Tiada kartel dalam pasukan polis – KPN


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengku Hassanal Kongsi Momen Bertemu Tengku Aleya, Sempat Kena ‘Sound’ Dengan Raja Permaisuri Agong

Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri, Tak Guna Sebarang Sos Pun



Laptop Tak Mampu Beli, Tapi Pakai iPhone – Rani Kulup



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker