Apa jadi kes helikopter mendarat ambil nasi ganja di Ipoh

Apa jadi kes helikopter mendarat ambil nasi ganja di Ipoh

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mengingatkan pihak berkuasa supaya segera menyelesaikan “kes mudah” atau berdepan hakisan kredibiliti.

Pengerusinya, Mohd Sidek Hassan memberi contoh kes helikopter mendarat di Ipoh untuk mengambil nasi ganja pada 23 Julai 2021.

“Dalam apa pun tugasan, kita perlu ada pengakhiran atau ‘closure’. Saya perhatikan banyak tindakan kita ambil yang pada mulanya nampak banyak dan ‘impressive’ dari segi kepantasan dan penglibatan banyak pihak dan agensi, yang nampak sangat gah tidak ada penghujungnya. Barang diingat ‘kes ditutup’, bukan bermakna kes selesai.

“‘Case closed is not the same as closure!’ Kalau pun kes tidak ditutup, tetapi ianya berlarutan tanpa sebarang bayang, bila akan ada penyelesaian samalah seperti kes ditutup,” katanya ketika berucap pada Majlis Apresiasi EAIC ke-11 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Sidek juga “tertanya-tanya” apa yang berlaku kepada kes “helikopter mendarat itu”.

“Kes seperti ini sepatutnya boleh diselesaikan dengan mudah, tetapi tidak ada penghujung yang menghakis kredibiliti agensi penguatkuasaan dan seterusnya kredibiliti kerajaan sendiri.”

Pada 26 Julai 2021, pemilik helikopter yang mengambil 36 bungkus “nasi ganja” di Padang Ipoh dilaporkan berkata, beliau akan menyerahkannya kepada polis untuk menyiasat keabsahan penerbangan itu dan “semua dokumen dalam keadaan teratur”.

Mohamed Raffe Chekku, Pengarah Urusan Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR), menjadi perhatian ramai selepas tersebar di media sosial seorang pelanggan dari Kuala Lumpur yang dikatakan menempah 36 bungkus “nasi ganja” menggunakan perkhidmatan helikopter Bell 505 pada 23 Julai 2021.

Warganet mempertikaikan sama ada penerbangan itu dibenarkan agensi berkaitan dalam tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan.

Dalam perkembangan lain, Sidek berkata, EAIC menerima 6,099 aduan membabitkan pelbagai agensi penguatkuasaan sejak ditubuhkan 10 tahun lalu.

Daripada jumlah itu, katanya, sebanyak 5,163 fail aduan dibuka sehingga 31 Mac lalu dan bakinya tidak dibuka fail kerana aduan tidak membabitkan agensi di bawah seliaannya, tetapi ia dipanjangkan kepada agensi berkaitan untuk tindakan lanjut.

“Aduan tidak dibuka juga meliputi aduan tanpa butiran lengkap yang tidak membolehkan tindakan diambil. EAIC telah menyelesaikan 5,097 fail aduan daripada keseluruhan jumlah aduan diterima,” katanya. FMT

Apa jadi kes helikopter mendarat ambil nasi ganja di Ipoh


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengku Hassanal Kongsi Momen Bertemu Tengku Aleya, Sempat Kena ‘Sound’ Dengan Raja Permaisuri Agong

Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri, Tak Guna Sebarang Sos Pun

Laptop Tak Mampu Beli, Tapi Pakai iPhone – Rani Kulup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker