Muhyiddin bertemu dengan Anwar pula

Muhyiddin bertemu dengan Anwar pula

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, hari ini, berkata beliau ada mengadakan pertemuan bersama Muhyiddin Yassin, namun tidak pernah berbincang melakukan kerjasama termasuk menyokong Presiden Bersatu itu kembali menjadi Perdana Menteri.

Anwar yang juga Presiden PKR, berkata isu berhubung sokongan terhadap Muhyiddin sebagai Perdana Menteri tidak pernah dibangkitkan. Pertemuan terbabit disifatkan “perbincangan biasa”, katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis memperingati veteran DAP Lim Kit Siang.

“Pertemuan itu sudah berlaku sejak sekian lama. Saya tidak nafi tiada pertemuan, tetapi timbul persoalan berhubung keputusan gabungan untuk sokong beliau (Muhyiddin),” katanya.

Muhyiddin dilaporkan mengadakan pertemuan, baru-baru ini, dengan Dr Mahathir Mohamad, dengan bekas Perdana Menteri itu berkata, Muhyiddin mahu mencari sokongan. Bagaimanapun, Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, pertemuan itu bukanlah peristiwa unik.

Wan Fayhsal berkata, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu, turut bertemu dan berbincang dengan pemimpin parti-parti pembangkang lain, sebelum dan selepas PRN Johor, bulan lalu.

Awal hari ini, Mahathir berkata, Muhyiddin bertemu dengannya untuk meminta sokongan Pejuang membantunya kembali menjadi Perdana Menteri, bagaimanapun, parti itu belum membuat sebarang keputusan.

Ditanya sama ada Pakatan Harapan (PH) akan bekerjasama dengan Mahathir menjelang pilihan raya umum, Ketua Pembangkang itu berkata, perkara berkenaan belum dibincangkan.

Pimpinan baharu DAP

Mengulas berhubung kepimpinan baharu DAP, Anwar berkata, partinya bekerjasama baik dengan pimpinan baharu, diketuai Setiausaha Agungnya, Loke Siew Fook.

“Kami sedia berbincang dengan Loke dan saya rasa kami akan berterusan di landasan baik (untuk kerjasama),” katanya.

Loke dilantik sebagai Setiausaha Agung DAP, pada 20 Mac, pada kongres parti yang diadakan di Pusat Konvensyen Ideal.
FMT

Muhyiddin bertemu dengan Anwar pula


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengku Hassanal Kongsi Momen Bertemu Tengku Aleya, Sempat Kena ‘Sound’ Dengan Raja Permaisuri Agong

Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri, Tak Guna Sebarang Sos Pun

Laptop Tak Mampu Beli, Tapi Pakai iPhone – Rani Kulup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker