Saya sudah persiapkan calon pengganti di Santubong – Wan Junaidi

#PRU15

Saya sudah persiapkan calon pengganti di Santubong – Wan Junaidi

Penyandang Parlimen Santubong, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, yang sebelum ini menyatakan hasrat untuk berundur pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) mengesahkan sudah mempunyai calon pengganti untuk dipertaruhkan di kerusi berkenaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) itu, berkata nama calon pengganti juga sudah diserahkan kepada Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk pertimbangan.

Bagaimanapun beliau berkata, pihaknya menyerahkan kepada pucuk pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk memutuskan sama ada kerusi Santubong memerlukan ‘wajah’ baharu untuk menggantikannya atau perkhidmatannya di Parlimen itu sejak 2004 masih perlu diteruskan.

Katanya, walaupun beliau sudah menyatakan keinginan berundur kepada pengerusi GPS itu beberapa kali, namun akan tetap akur dengan ketetapan parti jika keputusan majoriti memintanya supaya terus bertanding.

“Saya sudah mempersiapkan orang dan sudah cadangkan pengganti.

“Saya sudah tiga kali jumpa Premier Sarawak dan masih menunggu keputusan parti… kalau berdasarkan pertimbangan parti, saya diperlukan lagi maka mereka akan panggil saya.

“Saya ini orang parti, apa yang parti tentukan saya setuju kerana saya percayakan keputusan secara majoriti (lebih berhasil) daripada keputusan seorang,” katanya kepada BH, di sini.

Wan Junaidi bagaimanapun enggan mendedahkan nama itu namun ia dipercayai adalah Setiausaha Politiknya, Syed Hamzah Syed Paie.

Semalam, Abang Johari dilaporkan berkata, Wan Junaidi ‘berkemungkinan besar ‘ tidak akan bertanding pada PRU15.

Beliau dilaporkan berkata, Wan Junaidi pernah mengutarakan hasratnya untuk tidak mempertahankan kerusi Parlimen Santubong, namun keputusan mengenai perkara itu masih belum dimuktamadkan.

Pada masa sama, Wan Junaidi berkata, pihaknya turut menyatakan tekad untuk membantu calon penggantinya jika hasratnya untuk berundur diterima parti. BH

Saya sudah persiapkan calon pengganti di Santubong – Wan Junaidi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Halloween di Arab Saudi petanda bencana umat akhir zaman

Apa yang perlu diketahui tentang tragedi Halloween Itaewon?

Seluar tertanggal atas pentas bukan punca Tom tersingkir dari GV9

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker