KEPUTUSAN RASMI: BN menang majoriti 2/3 dalam PRN Johor

PETALING JAYA: Johor menyaksikan tsunami politik sekali lagi, namun memihak kepada Barisan (BN) yang diterajui Umno. Gabungan itu menang selesa dengan majoriti 2/3 untuk menubuhkan kerajaan negeri baharu,

Desas-desus Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional mungkin melakukan kejutan, berdasarkan kedudukan mereka sebagai gabungan politik besar, tidak menjadi kenyataan. Malah prestasi dua gabungan itu hambar, sekaligus menimbulkan persoalan mengenai tahap kesiapsiaagaan mereka berdepan Umno-BN pada PRU15.

Pendek kata, tsunami PRU14 yang menyaksikan PH menawan Johor, tidak berlaku kali ini.

Keputusan PRN kali ini banyak menepati ramalan penganalisis bahawa Umno-BN akan menawan semula negeri itu dengan majoriti selesa, sekaligus menguatkan desakan pemimpin tertentu Umno mahukan PRU diawalkan.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Umno sudah memenangi majoriti mudah 29 daripada 56 kerusi DUN Johor dan mendahului di banyak kerusi lain. Gabungan itu dijangka berpeluang mencapai angka keramat 38 kerusi untuk kemenangan 2/3.

PN meletakkan calon di semua 56 DUN manakala gandingan PKR, DAP, dan Amanah meletakkan calon di 50 kerusi, namun tidak berupaya menyekat kemaraan BN.

Pejuang yang menyaksikan Mahathir turun padang berkempen di samping mengutus surat kepada pengundi, gagal menang sebarang kerusi meskipun meletakkan 42 calon.

Keputusan semalam mengesahkan Umno semakin bangkit semula dalam misi menawan semula Putrajaya.

 

 

Persoalan itu akan mengisi bicara persada politik tanah air selepas ini.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Johor kurang kesedaran politik Islam, Muhyiddin pertahan kenyataan Hadi

Tangmo Nida Dipaksa Layan Nafsu Lelaki VVIP Sebelum Jatuh Bot? [VIDEO]

PRN Johor: PKR melenting, MUDA balas balik

Pedas!! Mas Idayu Kesian Dengan Netizen, Beli Top-up Untuk Benda Bodoh [VIDEO]

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker