Muhyiddin Dan Mahathir Punca Kewangan Negara Tenat – Isham Jalil



Muhyiddin Dan Mahathir Punca Kewangan Negara Tenat – Isham Jalil

MUHYIDDIN DAN MAHATHIR PUNCA KEWANGAN NEGARA TENAT
KEADAAN EKONOMI NEGARA SELEPAS 39 BULAN MAHATHIR, PH, DAN MUHYIDDIN (2018 – 2022)

PH (2018-2020): KERAJAAN GAGAL

1. Hutang kerajaan telah meningkat kepada RM741 bilion (51.8% dari KDNK) pada tahun 2018 di bawah PH berbanding RM686 bilion (50.7% dari KDNK) pada tahun 2017 di bawah Barisan Nasional (BN).

2. Jumlah pinjaman domestik dan asing oleh kerajaan PH untuk 3 bulan pertama tahun 2019 adalah RM36.4 bilion, jauh lebih tinggi berbanding zaman BN untuk tempoh sama (2017: RM12.9 bilion, 2016: RM11.1 bilion).

3. Pinjaman Bon Samurai adalah RM7.3 bilion tetapi jumlah masuk yang direkodkan kerajaan PH hanya RM7.06 bilion. Persoalan ke mana RM 200 juta lagi belum dijawab.




4. Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia jatuh teruk daripada USD 109.4 bilion pada Mei 2018 kepada USD102.1 bilion pada Januari 2019.

5. Nilai Ringgit merosot berbanding matawang utama sejak 9 Mei 2018, daripada RM3.94 bagi setiap 1 USD, jatuh teruk kepada RM4.067 per USD pada Februari 2019.

6. Malaysia jatuh 2 anak tangga dalam Global Competitiveness Index bagi tahun 2018-2019 di kedudukan ke-25 dunia.

7. Defisit kerajaan untuk tahun 2018 adalah RM52.5 bilion (3.7% dari KDNK) berbanding RM40.3 bilion (3.0% dari KDNK) di bawah BN.

8. KDNK negara pada tahun 2019 merosot pada paras 4.6% sedangkan sebelum PRU14 ekonomi Malaysia dinilai akan berkembang pada kadar 5.4% pada 2018 dan 5.1% pada 2019.




9. Malaysia diberi gelaran pasaran saham paling corot di dunia oleh Bloomberg.

10. Malaysia diberi gelaran pasaran saham paling corot di Asia oleh Nikkei.

11. Pemansuhan GST telah menyebabkan kerajaan hilang RM20-30 bilion pendapatan.

12. SST menyebabkan ketirisan dan penipuan cukai.

13. Peruntukan kepada Kementerian Kewangan melonjak dengan berganda daripada RM38.1 bilion pada 2018 kepada RM68.4 bilion dalam bajet 2019 sedangkan kementerian-kementerian lain seperti Pertanian, Luar Bandar, Pembangunan Usahawan, dan Perumahan dikurangkan.




14. Eksport negara menyusut pada Mac 2019.

15. Lemah pengurusan eksport sawit negara ke China hinggakan China terlebih dahulu membeli sawit Indonesia secara tanpa had.

16. MOU PH dengan China di mana China berjanji untuk membeli 1.9 juta tan minyak sawit dari Malaysia dalam tempoh lima tahun akan datang adalah berdasarkan rundingan dan perjanjian asal dengan China oleh kerajaan BN semasa Najib Razak masih PM pada tahun 2015.

17. Untuk separuh bulan pertama Oktober 2018, pakar penyelidik Intertek telah melaporkan bahawa ekspot minyak sawit dari Malaysia telah jatuh sebanyak 32.8% berbanding bulan September 2018. Jumlah ekspot minyak sawit untuk tempoh ini hanya 505 ribu tan iaitu jauh lebih rendah dari ekspot 690 ribu tan pada tempoh yang sama pada tahun 2017.

18. Tahun 2017 harga rasmi buah tandan segar (BTS) sawit gred C di Sabah sebanyak RM566 satu tan tetapi telah jatuh kepada RM349 satu tan pada awal November 2018 dan kemudiannya jatuh lagi kepada RM311 satu tan pada pertengahan November 2018.




19. PETRONAS telah dipaksa membayar RM80 bilion untuk tahun 2018, jauh lebih tinggi berbanding dividen RM16 bilion untuk tahun 2017 kepada kerajaan BN.

20. Nilai ekuiti terkumpul Petronas turun RM7.5 bilion dari RM432.8 bilion kepada RM425.3 bilion. Nilai ekuiti PETRONAS jatuh buat kali pertama sejak 10 tahun.

21. FGV Holdings Bhd pula mencatat kerugian besar RM1.08 bilion untuk tahun 2018 berbanding untung RM131 juta bagi tahun 2017 di bawah BN.

22. Axiata umumkan kerugian RM5.03 bilion untuk tahun 2018 berbanding keuntungan RM909.48 juta untuk tahun 2017.

23. Syarikat Telekom Malaysia juga mengalami kerugian buat pertama kalinya sejak 10 tahun yang lalu.

24. Syarikat Boustead Holdings milik LTAT juga melaporkan kerugian RM469.2 juta untuk tahun 2018 berbanding untung RM436.2 juta untuk tahun 2017.

25. Boustead Plantations di bawah LTAT yang sering kali untung besar saban tahun telah mengalami kerugian selepas PRU14. Boustead Plantations untung RM620 juta pada tahun 2017 di bawah BN berbanding kerugian RM52 juta tahun 2018 di bawah Pakatan.

26. Boustead Plantations mengumumkan bahawa mereka akan jual tanah miliknya yang berharga RM1.2 bilion pada April 2019.

27. Hasil Boustead jatuh 23.2% selepas PH ambil alih Putrajaya.

28. Tenaga Nasional mengumumkan kerugian untuk suku ke-4 tahun 2018. Walaupun telah naikkan tarif elektrik pada 1 Julai 2018, TNB rugi RM134 juta pada suku ke-4 2018 berbanding untung RM1.72 bilion pada suku yang sama tahun 2017.

29. Surcaj elektrik untuk semua pengguna komersial telah dinaikkan. Surcaj ini telah hampir berganda dari 1.35 sen/kWj kepada 2.55 sen/kWj.

30. Kenaikan surcaj elektrik bermaksud bil elektrik untuk semua pengguna ini akan naik sehingga 5.3%.

31. Dua kali kenaikan surcaj elektrik selepas PH menjadi kerajaan: pertama kali pada Julai 2018 dengan surcaj 1.35 sen/kWj atau kenaikan bil elektrik sehingga 6% yang telah memberi kesan kepada pengguna domestik dan bukan domestik.

32. Dakwaan Menteri Wilayah Persekutuan PH bahawa individu Qatar melabur RM1.6 trilion (AS$400 bilion) termasuk di Malaysia dalam projek kereta nasional ketiga adalah tidak benar.

33. Pelaburan langsung asing (FDI) mencatatkan kejatuhan 3 kali ganda bagi suku kedua dan ketiga 2018 dengan jumlah RM6.7 bilion berbanding tempoh sama pada tahun 2017 iaitu RM20.4 bilion.

34. Indeks Pengeluaran Perindustrian Malaysia merosot kepada 3.1% pada tahun 2018; terendah dalam tempoh 7 tahun.

35. Jumlah pelancong dari China ke Malaysia jatuh sebanyak 35 peratus apabila PH ambil alih.

36. Pakar berpendapat Projek Bandar Malaysia boleh mendatangkan pulangan sekurang-kurangnya RM90 bilion jika pelan asal era BN diteruskan.

37. Timbalan Menteri Kewangan PH terpaksa mengaku di Dewan Negara bahawa hutang rasmi negara telah naik ke RM741 bilion (51.8% daripada KDNK) pada akhir tahun 2018 berbanding RM686.8 bilion (50.8% daripada KDNK) pada akhir tahun 2017. Bertentangan dengan pendirian hutang RM1 trilion Menteri Kewangan.

38. Pengenalan cukai gula oleh PH mulai Julai 2019.

39. Pengenalan cukai levi pelepasan oleh PH RM40 seorang.

40. Pengenalan cukai baharu kereta import terpakai oleh PH antara 20 ke 39 peratus sejak Mac 2019.

41. FGV ketika di bawah BN pada 2017 mencatatkan kenaikkan 60% dari segi keuntungan sebelum cukai kepada RM417 juta dari RM260 juta pada tahun 2016. Namun selepas PRU14, hasil jualan FGV jatuh sebanyak RM3.5 bilion lalu mengakibatkan FGV rugi RM1.07 bilion.

42. 6,000 pekerja FGV bakal menjadi mangsa diberhentikan kerja dalam tempoh 3 tahun.

43. Menteri Kewangan minta bajet tambahan RM19.6 bilion untuk tahun 2018 – kerana terlebih berbelanja.

44. Bantuan Bakti Negara (ketika era BN), pesara tentera diberi RM1200. Sebaliknya, Bantuan Harapan Negara oleh Pakatan dipotong kepada RM500.

45. Import merosot kerana ringgit lemah dan kejatuhan pasaran saham. Dari segi bulan ke bulan, ia jatuh sebanyak 3.5% pada November dan 5.4% (Disember), menaik 1.4% pada Januari sebelum merosot sebanyak 24.8% pada Februari.

46. Bank DBS, iaitu bank terbesar di Singapura telah menurunkan penarafan bon pinjaman Kerajaan Malaysia pada 1 Mei 2019.

47. Indeks pembuatan Malaysia jatuh pada kadar paling teruk berbanding 15 negara-negara di Asia (Nikkei).

48. Aliran keluar dana asing dari Malaysia adalah yang terbesar di ASEAN. Sejumlah RM2.76 bilion dana asing keluar dalam tempoh empat bulan pertama tahun 2019 sahaja.

49. KNDK negara untuk suku pertama 2019 adalah antara 3.8% hingga 4.2% di mana kadar bawah 4% adalah paling rendah sejak 10 tahun yang lalu.

PENJUALAN ASET KERAJAAN

50. Kerajaan PH jual IHH Berhad kepada Jepun pada bulan November 2018 dengan harga RM8.42 bilion walaupun IHH Berhad adalah syarikat yang mencatatkan keuntungan.

51. Ogos 2018, Khazanah jual syarikat insurans Turki, Acibadem Sigort – RM1.25 bilion.

52. Seluruh pegangan Khazanah melalui Axiata di dalam Syarikat telco M1 juga telah dijual kepada Singapura dengan harga RM1.65 bilion.

53. Lebih setengah dari pegangan Khazanah dalam bank Filipina terbesar BDO Unibank Inc telah dijual kepada Filipina dengan harga RM415 juta yang juga di bawah harga pasaran.

54. Pada April 2019 Khazanah di bawah PH menjual saham TNB sebanyak RM1.05 bilion.

55. DRB-Hicom jual kepentingan 11% dalam Modenas kepada syarikat Jepun, Kawasaki yang kemudiannya membeli saham keutamaan boleh tukar (CPS) Modenas, menjadikan penguasaannya meningkat kepada 48%.

56. PH sering memberi alasan bahawa aset-aset FELDA perlu dijual untuk membayar hutang FELDA RM8 bilion. Harga jualan minyak sawit mentah telah jatuh teruk selepas PRU14 di persekitaran RM1,700 sehingga RM2,000 satu tan – iaitu tidak jauh berbanding kos pengeluaran FELDA di persekitaran RM1,800 satu tan. Oleh kerana FELDA ada kos operasi dan kos tetap, harga jualan minyak sawit merupakan sebab utama pengaliran wang tunai FELDA terjejas.

57. Menteri Hal Ehwal Ekonomi akhirnya mengaku hutang RM8 bilion FELDA yang selalu disebut-sebut oleh Pakatan sebagai telah ‘dirompak’ oleh BN sebenarnya dipinjam semula kepada para peneroka FELDA sendiri.

58. Menara FELCRA yang dilancarkan oleh Najib dijual oleh PH.

59. Projek TRX yang dituduh sebagai beban kepada negara pada era BN kini dianggap sebagai antara aset utama kerajaan.

60. Khazanah juga telah bersedia untuk menjual pegangan mereka di dalam Bank CIMB, syarikat telekomunikasi Axiata, UEM Edgenta dan UEM Sunrise.

61. Pada bulan Disember 2018, Khazanah mula menjual CIMB Bank dengan penjualan 63 juta saham CIMB kepada pembeli-pembeli yang tidak dinamakan pada harga RM364 juta atau harga RM5.78 satu saham. Sebelum PRU14, harga saham CIMB adalah pada harga RM7.30. Sudahlah harga saham merudum, hasil jualan pula kurang RM86 juta.

62. Disebalik kesemua penjualan aset dan kepentingan Khazanah Nasional, ia masih bertindak menjual bon sebanyak RM2 bilion pada Mei 2019.

63. April 2019, Axiata di bawah Pakatan jual perniagaan digital mereka (Axiata Digital) kepada Singapura dengan harga RM579 juta.

64. Hotel Royale Chulan Bukit Bintang milik syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings telah dijual kepada syarikat Singapura dengan harga RM197 juta.

65. FGV dan Tabung Haji bawah PH cuba menjual aset ladang sawit bernilai RM4.13 bilion di Kalimantan, Indonesia.

KENAIKAN HARGA BARANG DAN MAKANAN

66. Peruntukan kepada subsidi baja padi dipotong daripada RM465 juta (2018) kepada RM232.5 juta dalam bajet 2019.

67. Peruntukan kepada Insentif Pengeluaran Padi dipotong daripada RM563 juta (2018) kepada RM281.5 juta dalam bajet 2019.

68. Peruntukan kepada Elaun Sara Hidup Nelayan dan Insentif Hasil Tangkapan Nelayan dipotong daripada RM262 juta (2018) kepada RM98.5 juta dalam bajet 2019.

69. Subsidi Baja Padi Bukit/Huma dipotong 100% daripada RM70 juta (2018) kepada RM0 dalam bajet 2019.

70. Program Food and Agro Council for Export (FACE) dihapuskan dalam bajet 2019 berbanding peruntukan sebanyak RM3 juta pada 2018.

71. Elaun Sara Hidup Nelayan Darat (ESHND) dipotong daripada RM12.5 juta pada 2018 kepada hanya RM3.5 juta dalam bajet 2019.

72. Peruntukan kepada Malaysian Bioeconomy Development Corporation dikurangkan sebanyak RM40 ribu dalam bajet 2019 berbanding 2018.

73. Peruntukan keseluruhan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dipotong daripada RM5.1 bilion (2018) kepada RM4.4 bilion dalam bajet 2019.

74. Mengikut data rasmi Kementerian Pertanian, harga telur ayam terus naik. Sebelum PRU14, harga di ladang untuk telur gred AAA adalah serendah 27 sen dan harga gred C 24 sen. Tetapi harga telur gred AAA di ladang pada Februari 2019 sudah naik 59.2% sehingga 43 sen.

75. Harga telur gred C naik 67% kepada 40 sen.

76. Menteri akui harga ubat masih mahal. Tiada data konkrit dan terperinci mengenai harga ubat yang diturunkan dengan signifikan di bawah PH.

77. Jumlah penurunan harga barangan sangat kecil, diakui Menteri sendiri tidak mencapai 30 hingga 40 peratus.

78. Harga makanan dan minuman di restoran, kedai makan serta medan selera berterusan melambung, diakui Menteri sendiri

79. Menteri umum dan akui 10 ribu restoran mamak menaikkan harga makanan dan minuman.

80. Menteri Saifuddin Nasution tiada idea hinggakan terpaksa mohon bantuan Najib Razak untuk tangani kenaikan harga barang pada Januari 2019

81. KPDNHEP gagal mengetengahkan mekanisme pencegahan inflasi terbaharu.

82. SST telah menyebabkan kos dan harga barang naik 10 peratus.

DASAR-DASAR YANG LEMAH

83. Seruan Menteri Industri Utama supaya minum minyak sawit tidak bijak untuk lonjakkan eksport minyak sawit negara.

84. Skim insurans B40 (yang kini diberi nama MySalam) menyaksikan kerajaan PH telah mengizinkan syarikat insurans Singapura yang besar (Great Eastern) untuk mendapat pengecualian daripada syarat-syarat BNM bagi menghadkan pemilikan asing dalam sektor insurans negara dengan membayar RM2 bilion.

85. Kos projek LRT3 RM9 bilion di bawah BN dinaikkan oleh Lim Guan Eng menjadi RM31 bilion dan kemudiannya “berjaya” diturunkan menjadi RM16 bilion.

86. Cadangan pemansuhan tol 11 malam hingga 5 pagi yang bercelaru dari segi pengumuman dan meragukan dari segi ketelusan.

87. Cadangan caj kesesakan tol pula dikenakan ke atas rakyat.

88. Menteri melontarkan idea nelayan perlu menanam nenas di belakang rumah.

89. KDN bubarkan Pasukan Taktikal Khas Anti Maksiat, Judi, dan Gangsterisme (Special Task Force for Anti-vice, Gaming and Gangsterism STAGG).

90. KDN bubarkan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Special Task Force on Organised Crime STAFOC).

91. KDN bubarkan Pasukan Khas Taktikal Narkotik (Special Tactical Intelligence Narcotics Group STING)

92. Pengecualian PTPTN Zaman PH: Kena merayu untuk pengecualian PTPTN.
Zaman BN: Automatik dapat pengecualian bagi pelajar cemerlang Kelas Pertama.

93. Peruntukan kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar dipotong daripada RM8.5 bilion pada 2018 kepada RM8.4 bilion dalam bajet 2019.

94. Pengenalan AWAS tidak dilaksanakan dengan cermat bagi menunjukkan perbezaannya dengan AES yang dituduh ‘zalim’ ketika era BN. Malah jumlah kamera AES (AWAS) ada dirancang untuk ditambah, bukannya dihapuskan seperti yang dituntut ketika masih menjadi pembangkang.

95. Syarikat Singapura Great Eastern akan diberi akses kepada segala butiran peribadi untuk semua rakyat Malaysia di dalam golongan B40 di Malaysia iaitu dari pangkalan data (database) iaitu 3.7 juta orang.

96. Banyak klinik komuniti ditutup.

97. 34 Klinik 1Malaysia dilaporkan ditutup.

98. Isu tempoh menunggu pesakit di hospital.

99. Peruntukan Kementerian Belia dan Sukan dipotong daripada RM1.3 bilion kepada RM1 bilion dalam bajet 2019.

100. Dana kebajikan bekas atlet tidak diperkasa hingga tiada pendaftaran baharu boleh dibuat, hanya untuk menampung bekas atlet sedia ada sahaja.

101. Peruntukan kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dikurangkan daripada RM635 juta pada 2018 kepada RM520 juta dalam bajet 2019.

102. Kerajaan PH Selangor meminjam daripada kerajaan pusat PH untuk membeli SPLASH dengan harga RM2.55 bilion. Najib mengatakan ada kroni PH terlibat dalam pembelian ini dan harga belian ialah 10 kali ganda berbanding harga RM250 juta yang dinilaikan oleh bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

103. Peruntukan kepada Kementerian Kerja Raya dipotong daripada RM7.7 bilion (2018) kepada RM7.1 bilion dalam bajet 2019.

104. Dahulu PH sifatkan pekerjaan pemandu Grab dan Uber serta 3D sebagai ‘tidak membanggakan’, selepas jadi kerajaan menyeru anak-anak muda memilih sektor 3D dan jangan memilih kerja.

105. Kadar Bantuan Sara Hidup (BSH) kategori bujang yang terlampau rendah (dan menghina) iaitu 27 sen sehari.

106. PH kata penjawat awam ‘membebankan’.

107. Seramai 12,000 orang pengawal keselamatan sekolah ditamatkan perkhidmatan.

108. Persatuan Majikan Malaysia (MEF) menjangkakan 30 ribu orang akan hilang kerja pada 2019, berbanding sekitar 21 ribu orang pada 2018

109. PH menyifatkan gaji minimum RM1100 ‘terlalu tinggi’ untuk sesetengah sector.

110. Kakitangan SPAD ditawarkan gaji dan gred yang lebih rendah daripada sebelumnya oleh Kementerian Pengangkutan.

111. 135 pekerja FELDA Engineering Services Sdn Bhd dan FELDA Properties Sdn Bhd. kehilangan pekerjaan kurang sebulan sebelum Hari Raya Aidilfitri 2019.

PN (2020-2022), MUHYIDDIN PM-8: KERAJAAN GAGAL 2.0

112. Gagal untuk menangani wabak COVID-19 sejak berkuasa di mana keputusan-keputusan kerajaan membawa kepada kenaikan kes jangkitan sehingga 30,000 kes sehari.

113. Gagal menyampaikan vaksin awal kepada rakyat lewat 3-4 bulan berbanding negara-negara jiran lain yang telah menerima vaksin awal.

114. Gagal untuk mengekang kejatuhan ekonomi negara di mana ekonomi masih di paras negatif dan kadar pengangguran meningkat sehingga 4.8% dan pengangguran belia dianggarkan melebihi 15% dan hampir 800,000 orang telah hilang kerja dan lebih 4 juta orang hilang pendapatan.

115. Gagal untuk menarik pelabur asing di mana hampir RM1 billion telah keluar dari pasaran modal dalam tempoh beberapa minggu.

116. Gagal untuk mencegah kejatuhan nilai ringgit di mana ringgit berada di paras RM4.04 berbanding USD dan RM7.43 berbanding Baht.

117. Gagal untuk membantu rakyat yang tertekan yang memerlukan pengeluaran KWSP Akaun 1 tanpa syarat.

118. Gagal melanjutkan moratorium bank walaupun PKP dilanjutkan dan darurat dikenakan sehingga bulan Ogos 2021 di mana kehilangan pendapatan rakyat dijangka meningkat dan mereka tidak mampu untuk bayar bank.

119. Gagal untuk menstabilkan kemelut politik dan menyebabkannya lebih buruk dengan kedegilan mahu terus memegang kuasa walaupun telah hilang majoriti dan sokongan. Mengisytiharkan darurat politik untuk terus berkuasa.

120. Hutang kerajaan benar-benar melebihi RM1 trillion.

121. Perbelanjaan kerajaan terbesar dalam sejarah melebihi RM600 billion, berhutang melebihi RM300 billion dalam tempoh tiga tahun, tetapi pertumbuhan ekonomi negatif

122. Pelabur kurang berminat melabur di Malaysia berbanding Indonesia dan Vietnam.

123. 800 ribu orang masih tiada kerja dan 4 juta hilang pendapatan.

Kredit fakta, penyelidikan dan laporan:
1. Jabatan Statistik Malaysia
2. Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri
3. Bank Negara Malaysia
4. Khazanah Nasional Berhad
5. Permodalan Nasional Berhad
6. Kementerian Kewangan
7. Penganalisis ekonomi Abdul Muein
8. Laporan akhbar-akhbar tempatan
9. Bloomberg
10. Nikkei
11. Etc.

(Ucapan Isham Jalil di sesi Townhall bersama NGO dan wakil masyarakat Cina, 21 Februari 2022)

ISHAM JALIL
Ketua Penerangan Barisan Nasional Selangor
22 Feb 2022

Muhyiddin Dan Mahathir Punca Kewangan Negara Tenat – Isham Jalil

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah

Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]



Leave a Reply

Your email address will not be published.