Muhyiddin, Mahathir saling bercakaran dalam kempen PRN Johor

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin menafikan bahawa dirinya bertanggungjawab menggagalkan kemaraan bekas perdana menteri Najib Razak selepas kekalahan BN dalam PRU14.

Muhyiddin yang juga presiden Bersatu sebaliknya berkata dia adalah individu yang menentang bekas presiden Umno itu dan tidak bersedia berkompromi dengannya.

“Apa saya pula yang dikatakan menggagalkan usaha untuk menghadapkan Najib kepada apa-apa perkara yang dia telah lakukan.



“Saya menentangnya sebab itu saya jatuh (daripada jawatan perdana menteri)…saya tidak sedia untuk kompromi dengan (dakwaan) rasuah, salah guna kuasa.

“Saya fikir Najib sudah dihadapkan ke muka pengadilan, mahkamah akan buat keputusan. Jadi ini bukan soal politik lagi, ini lebih kepada kepada undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas program bersama masyarakat Cina di Pagoh, hari ini.

Terdahulu hari ini, Pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad hari in mengulangi pendiriannya perbuatan Muhyiddin mengakibatkan usaha menolak Najib Tun Razak telah terbantut.

Bekas pengerusi Bersatu itu merujuk Langkah Sheraton pada Februari 2020 yang menyebabkan tumbangnya kerajaan PH dan Muhyiddin diangkat sebagai perdana menteri, antaranya dengan sokongan ahli Parlimen daripada Umno.



“kejayaan itu terbantut apabila Muhyiddin yang mahu menjadi perdana menteri, sanggup membelakangkan pengundi dan rakan di dalam PH untuk mencapai cita-citanya,” katanya.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]



Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin

Zul Yahya bodohkan KJ (Video)



PRN Johor: Pengundi Cina Mula Tinggalkan DAP



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker