Tiada seorang anak saya ditawar kerja dengan Goldman Sachs – Najib

Tiada seorang anak saya ditawar kerja dengan Goldman Sachs – Najib

Najib Razak menafikan dakwaan tiga anaknya dijamin pekerjaan dengan bank pelaburan multinasional Amerika Syarikat, Goldman Sachs.

Beliau berkata, keterangan bekas eksekutif Goldman Sachs, Tim Leissner semalam dan laporan media seperti mahu menggambarkan percubaan mereka untuk menyogok beliau.

“Walaupun tajuk berita media-media tempatan memberi bayangan bahawa saya disogok oleh Goldman Sachs yang tawarkan kepada anak-anak saya bekerja di bank tersebut, apa yang diterangkan oleh saksi, bekas eksekutif Tim Leissner ialah percubaan mereka untuk menyogok saya.

“Namun ini tidak berlaku dan tiada seorang pun anak saya pernah ditawarkan pekerjaan di Goldman Sachs dan tidak pernah bekerja di bank Amerika Syarikat itu,” katanya di Facebook.

Terdahulu, saksi utama perbicaraan rasuah, bekas jurubank Goldman Sachs Group Inc, Roger Ng memberi keterangan bahawa pada 2009 bekas Pengerusi Goldman Lloyd Blankfein bertemu dengan Najib dan pertemuan itu diadakan dengan agenda.

Sebagai balasan untuk perniagaan yang memberi keuntungan, Goldman akan mendapatkan pekerjaan kepada tiga anak Najib di bank itu, kata Leissner kepada juri dalam keterangan hari kedua pada Selasa mengenai skim 1MDB.

Dalam pada itu, Najib berkata, Leissner pernah memperkenalkan anak perempuan beliau untuk memohon kerja di syarikat TPG Capital di Hong Kong yang tiada kaitan dengan Goldman Sachs.

Katanya, anaknya itu memang pernah bekerja selama setahun di TPG Capital tetapi hanya memegang jawatan junior sahaja.

“Saya pelik kenapa media-media mempermainkan isu pekerjaan bagi anak-anak saya sedangkan kenyataan Tim Leissner di mahkamah semalam juga termasuk tuduhan bahawa kelulusan BNM bagi 1MDB memindah dana sebanyak USD1 bilion kepada syarikat PetroSaudi dan juga syarikat Good Star diberi secara serta-merta sebab suami kepada Gabenor BNM ketika itu sudah disogok.

“Yang ini, media-media tak mahu lapor ke,” katanya.

Najib berkata, mengenai anak perempuannya yang pernah bekerja di TPG Capital bukanlah satu rahsia.

Katanya, jawatannya itu juga bukan tinggi, iaitu hanya sebagai profesional perhubungan pelabur. FMT

Tiada seorang anak saya ditawar kerja dengan Goldman Sachs – Najib


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rasyad dan Peter ‘trending’ di Twitter

Wanita Ini Menyesal Tak Sudah Dapat ‘Date Dari Neraka’ [VIDEO]

Bercerai selepas sehari berkahwin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker