Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]

Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar

Empat sekeluarga maut dalam satu kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Lebuhraya Sultan Iskandar di sini, pada Ahad.

Dalam kejadian pukul 10.40 pagi itu, kesemua mangsa yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Hyundai Starex dilaporkan dirempuh pacuan empat roda Toyota Hilux yang hilang kawalan.

Dalam satu kenyataan, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 10.52 pagi.

“Dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa dan BBP Sri Hartamas dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi anggota melakukan kerja-kerja menyelamat dan mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kenderaan terbabit,” katanya.

Menurut kenyataan tersebut, mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai P Milan Damani,32; C Thinisha, 31 dan dua kanak-kanak lelaki D Ishaan Ivaan,3 serta D Rihaan Ivaan,4.

Sementara itu pemandu Toyota Hilux mengalami cedera ringan dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan lanjut-AA

Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker