Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19

Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19

Baru-baru ini tular di laman Facebook, perkongsian daripada seorang Pegawai Perubatan yang dikenali sebagai Muhamad Na’im Ab Razak yang mendedahkan bahawa kebanyakan kanak-kanak yang positif Covid-19 tahap kritikal mempunyai penyakit kronik atau kekurangan gizi seimbang.

Menerusi hantaran tersebut, Naim turut menceritakan tentang salah seorang pesakit Covid-19 yang dirawat olehnya dan juga pasukannya.



Difahamkan, pesakit kanak-kanak itu bukan warganegara dan berasal dari suku Pelauh dan merupakan penduduk tanpa kewarganegaraan yang mempunyai riwayat sosial yang tidak bagus.

Badannya kurus kering dan saya mengesyaki bahawa dia turut mempunyai masalah kekurangan gizi.
Jelas Naim, kanak-kanak tersebut dibawa dalam keadaan kritikal dan mengalami gangguan pernafasan serta mempunyai tahap kesedaran yang rendah. Dia juga terpaksa ditidurkan dan pemeriksaan lanjutan mendapati bahawa paru-paru kirinya dipenuhi air.

Saya memasukkan tiub ke dalam dada bagi mengeluarkan cecair tersebut dan mendapati lebih satu liter cecair berwarna hitam dan berbau busuk keluar.



Menurutnya Naim, secara peribadi, ini adalah kali pertama dia berdepan dengan keadaan sebegini.

Sukar untuk menentukan samada dia ada penyakit lain sebelum ini atau keadaan itu adalah komplikasi langsung Covid-19.
Namun, keadaan tersebut bukanlah komplikasi yang menjadi kebiasaan terjadi bagi kalangan pesakit Covid-19. Bn

Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rasyad dan Peter ‘trending’ di Twitter

Wanita Ini Menyesal Tak Sudah Dapat ‘Date Dari Neraka’ [VIDEO]



Bercerai selepas sehari berkahwin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker