Shashic minta Shuk turunkan ilmu curang

Shashic minta Shuk turunkan ilmu curang

Hantaran pelawak dikenali, Shashic Iewan di TikTok mencuit hati ramai pengikut dan peminatnya di platform media sosial itu bersama pelawak, Shuk Sahar.

Dalam hantaran itu, Shashic yang pernah menyertai Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM2021) bersama kumpulan Bahye meminta tunjuk ajar daripada Shuk untuk mengajarnya cara menjadi curang.

“Assalamualaikum Abang Shuk. Boleh ajar saya curang tak?” katanya.

Namun begitu, Shuk membalas dengan nada bergurau, menolak untuk berbuat demikian kerana katanya, dia sudah berubah.

“Tak boleh! Sebab aku dah berubah!” katanya.

Hantaran itu mendapat lebih 40,000 tanda ‘like’ di samping lebih 700 komen netizen. Rata-rata, netizen menganggap hantaran itu mencuit hati.

Ada juga komen netizen yang mendoakan agar Shuk benar-benar berubah selepas beberapa kali episod kecurangannya menjadi kontroversi dalam industri hiburan tanah air. HM

Shashic minta Shuk turunkan ilmu curang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rasyad dan Peter ‘trending’ di Twitter

Wanita Ini Menyesal Tak Sudah Dapat ‘Date Dari Neraka’ [VIDEO]

Bercerai selepas sehari berkahwin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker