Calon MUDA adalah calon kitar semula Pakatan Harapan

JOHOR BAHRU : Walaupun Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dikatakan berbeza berbanding parti politik lain dan mahu membawa agenda baharu, hakikatnya mereka adalah barang recycle atau kitar semula Pakatan Harapan (PH).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Moha­med berkata, ini kerana terdapat pemimpin Muda lahir daripada PH dan aktivis masyarakat, kemudiannya membentuk parti politik baharu.

Justeru, kata beliau, rakyat akan mengulangi nasib malang seperti yang dilalui selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akibat terpedaya dengan helah jika masih mengundi Muda yang masih mengekalkan pe­mimpin kitar semula.

“Muda menggunakan template sama, mereka datang letak calon dan label kononnya inilah pemimpin masa depan negara. Selepas itu, fokus kepada kumpulan tertentu dan tabur pelbagai janji.

“Janji macam-macam, hapus tol, hapus PTPTN dan selepas menang tidak hirau apa yang berlaku, akhirnya rakyat merana. Benda ini pernah berlaku pada 2018,” katanya ketika ditemui di sini.

Pada masa sama, Nur Jazlan berkata, parti politik bertahan lama jika wujud setiakawan dan kompromi berbanding kumpulan diwujudkan oleh golongan mempunyai misi berbeza dan akhirnya berpecah kerana tiada kesatuan.

Jelas beliau, meskipun Barisan Nasional (BN) sering kali dilemparkan pelbagai tuduhan supaya dibenci rakyat, namun membuktikan berjaya memba­ngunkan negara lebih 60 tahun atas semangat setiakawan.

“Benci UMNO tapi biarlah berpada. Jangan sampai sikap ini kita lupa kebaikan dan rekod pembangunan pernah dikecapi rakyat,” jelas Nur Jazlan.

Begitupun katanya, UMNO perlu melakukan perubahan drastik termasuk melakukan peremajaan parti selepas melalui episod kekalahan PRU14.

Calon MUDA adalah calon kitar semula Pakatan Harapan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


JDT juara lagi, TMJ tak jadi bersara

Hibah Tabung Haji Mengecewakan, Tiada Lagi Agenda Memperkasa Ekonomi Ummah – Najib Razak

Mahathir disenarai pemimpin no. 6 terkaya di dunia dengan kekayaan RM188 billion

Kenyataan Media BNM amat mengejutkan Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker