Hibah Tabung Haji Mengecewakan, Tiada Lagi Agenda Memperkasa Ekonomi Ummah – Najib Razak



Sebaran :

 

Hibah Tabung Haji tahun 2020 diumum sebanyak 3.10% – iaitu sedikit kenaikan berbanding 3.05% tahun lepas.

Namun tahun lepas, TH banyak menjimat sebab tidak perlu memberi subsidi menunaikan Haji dalam pandemik Cvoid.

Seperti yang saya pernah ramalkan pada permulaan tahun 2019 masa PH bahawa Hibah Tabung Haji tidak akan tinggi lagi seperti masa BN pada tahun-tahun mendatang apabila PH serta CEO lantikan mengeluakan mereka tidak bahawa tugas TH hanya untuk kerja mengendalikan jemaah Umrah menunaikan ibadah Haji kali pertama dan TH tidak perlu untuk berniaga atau melabur lagi..



Ini bermakna TH sudah jual kebanyakan pegangan saham mereka dan telah memindahkan dana dan hasil jualan ke dalam aset simpanan tetap dengan pulangan yang tetap.

Maka Hibah TH untuk tahun-tahun mendatang akan konsisten pada tahap 3% setiap tahun sebab pulangan dari aset simpanan tetap cuma antara 4% hingga 5%.

Selepas tolak kos pengurusan dan kos subsidi haji, maka hibah akan konsisten pada tahap 3%.



 

Tidak tinggi lagi dan tidak rendah lagi.

Ini terbukti apabila Hibah TH diumum sebanyak 3.05% bagi tahun 2019 dan 3.10% bagi tahun 2020.

Sebab itu pada tahun 2019, saya pernah beberapa kali suruh kerajaan PH dan TH untuk berterus-terang dengan pendeposit.



“Jangan malu nak telus dengan Ummah.

Jika bukan lagi peranan TH untuk memperkasakan ekonomi Ummah seperti antara visi utama TH, institusi kerajaan PH yang mana lagi akan memikul tanggungjawab ini?

Tabung Harapan?”



Najib Tun Razak
Ahli Parlimen Pekan/Pengerusi Penasihat BN Malaysia


Sebaran :


Leave a Reply