Ng Man-Tat menetap lama di Johor Bahru dengan isteri warga Malaysia sebelum pemergiannya

BELIAU melakar nama dan kejayaan di Hong Kong dalam puluhan filem komedi bersama Stephen Chow, namun Johor Bahru (JB) merupakan lokasi di mana pelakon legenda Ng Man Tat tinggal sebelum pemergiannya.

Memetik laporan portal AsiaOne, mendiang tinggal di JB bersama isteri yang juga warga Malaysia “bertahun lamanya.”

Pertemuan pada tahun 1993 ketika penggambaran “All’s Well, Ends Well Too” di Singapura membawa kepada perkahwinan beliau dengan anak kelahiran Segamat itu.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata – anak perempuan yang kini berusia 25 tahun dan anak lelaki berusia 18 tahun.

Ng dilapor pernah berkahwin dua kali, kali pertama pada usia 25 tahun dengan teman wanitanya Mak Lei Lei.

Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

Perkahwinan kedua Ng adalah dengan aktres TVB Lo Siu Chi pada tahun 1989, dan dikurniakan seorang anak perempuan.

Pasangan ini bagaimanapun bercerai pada tahun 1994.

Sepanjang bermastautin di Malaysia, Ng difahamkan hanya akan terbang ke luar negara sekiranya perlu menghadiri sesi penggambaran.

Hanya di saat-saat akhir usianya, Ng meluahkan hasrat untuk kembali ke Hong Kong.

Pelakon Shaolin Soccer itu pergi di usia 70 tahun pada Sabtu selepas bertarung nyawa dengan penyakit kanser hati yang dihidapinya.

Mendiang meninggal dunia dikelilingi isteri, anak-anak dan rakan karib.

[VIDEO] Pelakon Shaolin Soccer meninggal dunia… Tiada lagi Ng Man Tat di sisi Stephen Chow Sing Chi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker