5 dipercayai merusuh kerana tak dapat pesan makanan ditahan D7


Rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan sekumpulan individu membaling kerusi dan meja di hadapan sebuah restoran di Brickfields.

PETALING JAYA: Polis menahan lima orang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian rusuhan di sebuah restoran di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, pada Ahad.

Beberapa rakaman video berhubung kejadian itu yang tular di media sosial menunjukkan sekumpulan individu membaling kerusi dan meja di hadapan sebuah restoran. Mereka dilaporkan tidak berpuas hati apabila tidak dapat memesan makanan kerana restoran itu hampir tutup.

Ketua Polis Daerah Brickfields Anuar Omar dalam kenyataan berkata, semua suspek ditahan di sekitar ibu negara oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Maksiat, dan Perjudian (D7) dan Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9).

Beliau berkata, semua suspek yang ditahan yang berusia antara 19 dan 22 tahun itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Kes disiasat bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh. FMT

Zarina Anjoulie Kehilangan Anak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker