Krisis Rusia-Ukraine: Rakyat Malaysia Lalui Perjalanan Darat Selamat Tiba Di Poland

Krisis Rusia-Ukraine: Rakyat Malaysia Lalui Perjalanan Darat Selamat Tiba Di Poland

Rakyat Malaysia yang terkandas di Ukraine telah selamat tiba ke Poland kira-kira jam 5.45 pagi tadi selepas mengharungi perjalanan darat lebih 10 jam dari ibu negara Ukraine, Kiev.

Konvoi itu memindahkan sembilan rakyat Malaysia, dua anggota keluarga warga Ukraine dan seorang warga Singapura itu tiba Korczowa-Krakovets, sempadan Ukraine-Poland.

Ia diketuai Kuasa Usaha Sementara, Kedutaan Besar Malaysia di Kiev, Fadillah Daud yang disambut dua pegawai kedutaan Malaysia di Poland sebaik tiba.

Perkara tersebut disahkan disahkan Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah di akaun Twitter beliau.

Katanya, kesemua mereka yang dievakuasi termasuk pegawai-pegawai pengiring akan meneruskan perjalanan ke Warsaw, Poland.

ā€œWisma Putra sentiasa berhubung rapat dengan pegawai-pegawai Kedutaan bagi memastikan keselamatan dan keberadaan rakyat Malaysia yang dievakuasi dan juga konvoi yang turut serta,ā€ kata Wisma Putra dalam kenyataan.

Media sebelum ini melaporkan sekumpulan diplomat Malaysia yang terkandas di Kiev didakwa dalam perjalanan untuk keluar dari Ukraine menuju ke Poland menggunakan jalan darat.

Mereka dikatakan tidak berjaya keluar dari negara itu sebelum tentera Rusia menghampiri ibu negara Ukraine berkenaan,

Portal South China Morning Post melaporkan, mereka yang melarikan diri itu terdiri daripada lapan rakyat Malaysia dan dua warga asing yang bergerak menaiki empat kereta.

ā€œKesemua mereka mengambil tindakan tersebut disebabkan bas yang disewa tidak tiba,ā€ menurut portal itu.-AA

Krisis Rusia-Ukraine: Rakyat Malaysia Lalui Perjalanan Darat Selamat Tiba Di Poland

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19

Dakwaan petunjuk baharu MH370

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker