Dakwaan petunjuk baharu MH370

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak boleh bertindak secara unilateral dalam usaha pencarian pesawat hilang MH370 walaupun terdapat dakwaan mengenai petunjuk baharu berhubung lokasi pesawat itu berdasarkan dokumen kajian Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB).

Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong berkata, Malaysia sebaliknya perlu berbincang dengan kerajaan China dan Australia seperti perjanjian dan persefahaman yang dibuat tiga negara itu dalam misi pencarian pesawat berkenaan.

“Kita bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak… kita perlu mengesahkan penemuan itu daripada badan yang kompeten. Bukti yang boleh dipercayai mesti ditemui.

“Seperti mana yang kita gunakan, sekiranya terdapat bukti yang boleh dipercayai, bukti kukuh, maka kita tidak keberatan untuk teruskan (misi pencarian).

“Ini adalah persefahaman tiga negara. Tidak boleh ditentukan secara unilateral oleh Malaysia. Terdapat perjanjian tiga pihak. Tiga negara telah bekerja keras (misi pencarian), apa-apa misi kita perlu berbincang antara tiga negara,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Minggu Maritim Malaysia (MMW) 2022 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.

Kementerian Pengangkutan dalam kenyataan sebelum ini menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan ATSB mengenai dokumen yang dikeluarkan jurutera aeronautik Britain, Richard Godfrey yang mendakwa terdapat petunjuk baharu dalam mengenal pasti lokasi MH370 yang hilang.

ATSB sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya telah meminta pihak ketiga untuk menyemak data yang diperoleh daripada carian untuk mengesahkan semula bahawa tiada item menarik dikesan dalam carian sebelumnya berdasarkan dokumen Godfrey, “MH370 Flight Path”.

Menurut ATSB lagi, penemuan semakan itu dijangka dikeluarkan dalam beberapa minggu lagi dan sebarang keputusan untuk menjalankan pencarian lanjut pesawat MH370 akan menjadi urusan kerajaan Malaysia dan ATSB tidak mengetahui sebarang permintaan untuk menyokong pencarian baharu pesawat yang hilang itu.

Dakwaan petunjuk baharu MH370


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah Kampung di Bota berusia lebih 100 tahun dialih ke Alor Setar

Pesawat MAS Mendarat Sewaktu Taufan Eunice Melanda UK (Video)

Ogy belasah Nazief, viral sehingga ke Rusia (Video)

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker