Tukar agama sepihak, PN tiada pendirian

Perikatan Nasional (PN) tiada pendirian lagi buat masa ini

Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin berkata demikian selepas Dewan Ulama PAS mendesak pihak berkuasa agama setiap negeri “segera” meminda syarat penukaran agama dengan keizinan ibu atau bapa, bukan ibu dan bapa, baru-baru ini.

Langkah itu sudah diamalkan di sesetengah negeri.



Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu mengakui isu itu sensitif dan kepimpinan PN perlu berbincang dengan terperinci berhubung pendirian gabungan itu.

“Kami belum membuat sebarang ketetapan lagi. Kami perlu meneliti setiap aspek termasuk perlembagaan, undang-undang dan sebagainya,” katanya selepas menemui masyarakat Cina di Bukit Gambir hari ini.

Beliau berkata, setiap rakyat mempunyai kebebasan dan hak untuk memilih agama, tetapi ia berbeza bagi umat Islam yang terikat kepada hukum agama.

“Untuk orang Islam, ia mempunyai undang-undang khusus yang mengawal orang Islam (dari menganuti agama lain). Apa pun kita juga perlu kembali kepada perlembagaan.”



Isu penukaran agama anak secara sebelah pihak timbul semula susulan kontroversi membabitkan kes ibu tunggal, Loh Siew Hong dan tiga anaknya baru-baru ini.

Pengislaman tiga anak Loh tanpa kebenarannya oleh Jabatan Agama Islam Perlis menjadi polemik selepas pelbagai pihak menyatakan tindakan itu bercanggah keputusan Mahkamah Persekutuan pada 2018 yang menetapkan kebenaran ibu dan bapa wajib untuk menukar agama anak di bawah 18 tahun.

Mahkamah Persekutuan adalah mahkamah tertinggi di Malaysia.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata, 56 calon PN akan menandatangani akujanji dan melafazkan ikrar antirasuah esok.



“Ini menunjukkan kesungguhan kita untuk membentuk sebuah kerajaan berintegriti yang berpegang kepada prinsip bersih, cepat dan tidak melakukan apa-apa yang boleh


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]



Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin

Zul Yahya bodohkan KJ (Video)



PRN Johor: Pengundi Cina Mula Tinggalkan DAP



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker