Teresa Kok buat dakwaan lagi terhadap polis

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok daripada DAP mendakwa pihak berkuasa menolak permohonannya melanjutkan tempoh ceramah Pakatan Harapan di Batu Pahat selama 30 minit hanya kerana mereka adalah pembangkang.

Belaiu mahu polis memberikan masa tambahan 30 minit kerana ceramah PH diganggu tarian singa anjuran penyokong MCA dan Barisan Nasional bersebelahan mereka, tetapi permohonan itu ditolak.

“Sebagai seorang penceramah pada malam tersebut yang menyaksikan ketidakadilan terhadap penganjur ceramah PH pada malam tersebut, dalam ucapan saya telah merayu kepada pihak polis supaya membenarkan tambahan masa 30 minit sahaja untuk menggantikan masa yang diganggu tarian singa dianjurkan penyokong MCA-BN.

“Tetapi, saya kecewa apabila permohonan terbuka saya itu ditolak pegawai polis bertugas. Saya juga rasa polis enggan membenarkan permohonan tambahan 30 minit kami semata-mata kerana PH adalah pembangkang,” katanya dalam kenyataan.

Pada 28 Feb lalu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Ismail Dollah dalam kenyataan berkata, pihaknya sedang menyiasat klip video menunjukkan Kok didakwa mengeluarkan ugutan terhadap polis: “Bila kita jadi kerajaan semula, kamu tahulah nanti” dalam bahasa Cina menerusi ceramah pada 26 Feb.

Kok berkata, beliau sedia memberi kerjasama kepada polis sekiranya siasatan dijalankan terhadapnya.

Bagaimanapun, beliau mahu polis turut menyiasat pelanggaran SOP pilihan raya oleh MCA/BN pada malam itu.

Seorang lagi pemimpin DAP, Ngeh Koo Ham berkata, ceramah PH mendapat kebenaran dari 8 hingga 10 malam, namun bunyi gendang dan simbal tarian singa daripada program MCA amat kuat sehingga menyebabkan ceramah PH tidak dapat dimulakan mengikut jadual.

“Saya telah menelefon (Presiden MCA) Wee Ka Siong sebanyak dua kali, tetapi beliau tidak menjawab panggilan saya. Hanya selepas tarian singa MCA-BN selesai, barulah ceramah PH dapat dimulakan pada 8.30 malam,” jelas Ahli Parlimen Beruas itu.

Teresa Kok buat dakwaan lagi terhadap polis


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]

Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin

Zul Yahya bodohkan KJ (Video)

PRN Johor: Pengundi Cina Mula Tinggalkan DAP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker