Bintang Hong Kong Aaron Kwok Pernah Hidup Susah Jadi Tukang Sapu Untuk Cari Duit Saku

Bintang Hong Kong Aaron Kwok Pernah Hidup Susah Jadi Tukang Sapu Untuk Cari Duit Saku

PELAKON terkenal Hong Kong, Aaron Kwok mendedahkan dia membesar dalam keluarga susah dan terpaksa bekerja ketika masih di zaman persekolahan.

Menurut laporan  Today Online Aaron memberitahu dia bekerja dalam bidang pembersihan bagi mendapatkan duit saku sendiri tanpa menyusahkan orang tua.



“Saya hidup dalam keluarga besar. Saya paling muda dan memiliki dua abang dan dua kakak. Orang tua saya membesarkan kami dalam kehidupan sangat sukar, jadi saya ambil keputusan keluar bekerja ketika musim panas untuk mendapat wang.

“Memandangkan saya tak ada pengalaman kerja, jadi apa yang saya boleh lakukan hanyalah kerja yang menggunakan tenaga.

“Ada seorang rakan sekelas saya yang bapanya memiliki perusahaan pembersihan, jadi apabila cuti musim panas, ada kerja kosong jadi dia meminta bantuan saya dan rakan-rakan sekelas lain,” katanya.



Gara-gara pengalaman kerja sebagai tukang pembersihan itu, Aaron berkata ia membantunya membawakan watak Bowen dalam filem I’m Livin It.

Bowen merupakan seorang usahawan yang mengalami kesukaran dalam perniagaan sehingga terpaksa menjadi tukang sapu demi meneruskan kelangsungan hidup.-Tabloid Bintang

Bintang Hong Kong Aaron Kwok Pernah Hidup Susah Jadi Tukang Sapu Untuk Cari Duit Saku



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]

Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker