Teresa Kok akhirnya disiasat selepas ugut polis

Ahli Parlimen Seputeh dari DAP, Teresa Kok berdepan siasatan atas dakwaan membuat ancaman kepada polis.

Ia bermula ekoran program yang dianjurkan DAP dan MCA yang hanya berjarak 50 meter di Yong Peng, pada hari pertama kempen PRN Johor pada 26 Februari lalu.

Pada mulanya DAP mengadu bahawa mereka tidak dapat memulakan ceramah mengikut jadual kerana bunyi bising tarian singa di majlis makan malam MCA di sebuah restoran. Ceramah akhirnya bermula pada pukul 8.30 malam – lewat 30 minit.

Kok yang merupakan antara penceramah pada malam itu kemudian meminta polis agar membenarkan program dilanjutkan 30 minit lagi – melebihi had 10 malam – memandangkan mereka bermula lambat, tetapi polis tidak memberi kebenaran.



Bila kita(DAP) jadi kerajaan balik korang(polis) tau jelah nanti- Teresa Kok

Kok kemudian didengar berkata dalam bahasa Cina, “jika kita jadi kerajaan, mereka akan tahu”. Rakaman video ucapan itu tular di media sosial, antaranya dikongsikan di halaman Facebook “Sahabat Bossku” dan telah ditonton sebanyak 300,000 kali.

Jurucakap MCA Mike Chong Yew Chuan kemudian mengeluarkan kenyataan mendakwa Kok “membuat ancaman” kepada polis.

Pada 28 Februari, Ketua Polis Daerah Batu Pahat Ismail Dollah berkata pihaknya sedang menyiasat kenyataan itu setelah satu laporan polis dibuat.

Teresa Kok akhirnya disiasat selepas ugut polis




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]

Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin

Zul Yahya bodohkan KJ (Video)

PRN Johor: Pengundi Cina Mula Tinggalkan DAP

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker