Bila kita(DAP) jadi kerajaan balik korang(polis) tau jelah nanti- Teresa Kok
Oleh Nurul Aishah
“Tunggulah bila kita(DAP) jadi kerajaan, Baru pukul 10 malam sudah suruh kita balik. Bila kita(DAP) jadi kerajaan balik korang(polis) tau jelah nanti” – Teresa Kok
Rakaman ceramah DAP di Yong Peng (26/02/2022)
Api kebencian dilihat sentiasa menjadi modal parti DAP kerana itu sahaja modal yang mereka ada selama ini. Mereka mengkritik hampir kesemua dasar kerajaan Barisan Nasional dahulu.
Ketika Pakatan Harapan yang di ketuai DAP menjadi kerajaan selama 22 bulan rakyat dapat melihat dengan jelas bagaimana teruknya DAP memerintah negara.
Masihkah kita ingat bagaimana Lim Guan Eng memberi data-data yang salah berkenaan kewangan negara namun tanpa rasa malu hanya menyalahkan titik perpuluhan semata-mata? Itu diperingkat nasional.
Semalam di peringkat negeri Johor pula, Calon PRN DAP bagi Johor Jaya, Liow Cai Tung dileter oleh seorang penjaja tular dalam sebuah klip video ketika dia mengadakan program ‘walkabout’.
Dalam klip video itu, penjaja yang menjual buah-buahan itu berdepan dengan Liow dan memberitahu bahawa dia suka DAP tetapi tidak akan menyokong Liow selepas mengadu bahawa wakil DAP itu tidak menyelesaikan masalah jalan raya.
“Saya suka DAP tetapi saya tidak akan menyokong dia, dia tidak boleh buat kerja, saya telah meminta anda untuk perbaiki simpang jalan di sana kerana terdapat banyak kemalangan tetapi anda tidak melakukannya untuk saya,” katanya.
Itulah tahap mentaliti dan ketidak upayaan DAP. Mereka hanya gah menghasut tanpa tahu membuat kerja.
Oleh itu, bangsa Johor harus pastikan DAP tidak akan menjadi kerajaan. Pakatan Harapan diharamkan menjadi kerajaan. Mereka hanya membawa kerosakan dan kesengsaraan semata-mata.