Najib dapat jersi daripada TMJ

Najib dapat jersi daripada TMJ

Kempen untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bermula semalam namun beberapa pemimpin politik mengambil peluang menyaksikan perlawanan Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim di sini malam tadi.

Mereka memilih Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Kuala Lumpur City FC yang mempertemukan juara Liga Super dan Piala Malaysia tahun lalu sebagai pembuka tirai Liga Malaysia musim ini.



Antara yang hadir, bekas perdana menteri dan Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak memakai selendang JDT.

Beberapa calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan turut hadir di Stadium Sultan Ibrahim, di Gelang Patah, Johor bagi menunjukkan sokongan.

Mereka termasuk Marina Ibrahim (Skudai), Liow Cai Tung (Johor Jaya), Liew Chin Tong (Perling), Maszlee Malik (Layang-layang), Suhaizan Kaiat (Pulai Sebatang), Aminolhuda Hassan (Parit Yaani) dan Mohd Khuzzan Abu Bakar (Semerah).

Pemilik JDT yang Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim kemudiannya bertemu Najib dan beberapa calon ADUN itu.



Tunku Ismail turut menghadiahkan Najib dengan jersi berslogan “Bossku’ yang tertera nombor kegemarannya angka “11”.

Dalam perlawanan itu, JDT mencapai kemenangan ke atas KL City dengan jaringan 3-0.

Kelmarin, Tunku Ismail menerusi laman sosial Instagrambertitah bahawa baginda bersedia untuk meninggalkan bola sepak sekiranya skuad Harimau Selatan itu tewas kepada KL City. MG



Najib dapat jersi daripada TMJ


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]



Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin

Zul Yahya bodohkan KJ (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker