Ini fakta Najib jelaskan, duit rakyat tidak diguna bayar hutang 1MDB

Najib jelaskan tiada satu sen pun dana awam digunakan oleh kerajaan untuk membayar balik jumlah hutang pokok 1MDB.

Ini kerana, katanya pelbagai entiti, termasuk Goldman Sachs Group Inc, firma audit KPMG dan Deloitte, Ambank dan Jabatan Kehakiman (DOJ) AS telah memulangkan dana 1MDB, berjumlah RM23 bilion kepada Malaysia.

“Jangan kita beri alasan hutang 1MDB sebagai merosakkan kewangan negara, hakikatnya satu sen pun hutang prinsipal 1MDB tidak pernah dibayar pada 2018.



“Pada 2018, hutang 1MDB adalah RM32 bilion, 2019, 2020, 2021 hutang (kekal) RM32 billion.

“Adalah tidak betul untuk cadangkan bahawa rakyat perlu tanggung atau bayar hutang 1MDB.

“Misalnya RM16 bilion yang diterima daripada Goldman Sachs, bukan daripada wang rakyat, itu wang Goldman Sachs,” tambahnya.

“Kita juga menerima RM3 bilion daripada DOJ, RM2.83 bilion daripada Ambank, RM340 juta daripada KPMG dan RM324 juta daripada Deloitte,” katanya.



“Kesemuanya ini hampir RM23 billion, ini bukan wang rakyat. Sepatutnya wang ini boleh digunakan bayar hutang 1MDB,” tambahnya.

Najib juga bercakap bagaimana aset yang dimiliki 1MDB menjimatkan RM50 bilion dalam kontrak loji pengeluar tenaga bebas (IPP) yang ditinggalkan oleh perdana menteri keempat Dr Mahathir Mohamad.

“Penjimatan ini antara punca rizab tunai Petronas meningkat daripada RM30 bilion kepada RM176 bilion pada 2018, sebelum ‘dirompak’ oleh pentadbiran Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional,” katanya.

Kerajaan telah membayar balik RM13.3 bilion hutang 1MDB setakat ini, dengan RM38.81 bilion masih tertunggak setakat 31 Dis tahun lepas, menurut Kementerian Kewangan.



Kementerian Kewangan berkata dana yang diselewengkan, yang telah disita dan diperoleh semula daripada pelbagai bidang kuasa berjumlah RM19.1 bilion, hanya mencukupi untuk menampung pembayaran balik tahun ini.

Dua daripada bon berjumlah kira-kira RM14.5 bilion akan matang tahun ini, yang memerlukan kerajaan membayar balik jumlah penuh. Yang pertama akan matang pada bulan Mei dan yang satu lagi akan matang pada bulan Oktober.

Bon ketiga berjumlah RM12.46 bilion akan matang pada Mac 2023 dan jika kerajaan tidak dapat mendapatkan semula lebih banyak wang yang diselewengkan, bayaran balik perlu dikeluarkan daripada peruntukan negara.

Ini fakta Najib jelaskan, duit rakyat tidak diguna bayar hutang 1MDB




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]



Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin

Zul Yahya bodohkan KJ (Video)



PRN Johor: Pengundi Cina Mula Tinggalkan DAP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker