PRN Johor: Perikatan Nasional Janji ‘Air Liur Percuma’

Oleh Megat Terawih

Berani Muhyiddin melalui partinya PPBM dan PAS menawarkan janji air percuma kepada seluruh rakyat Johor sekiranya Perikatan Nasional memenangi pilihanraya negeri.

Taktik lama dari parti sama yang turut berada di bawah label pakatan harapan ketika pilihanraya umum ke 14. Kecuali parti Pas yang bergabung dengan PPBM setelah parti tersebut keluar dari pakatan harapan.

Strategi berjanji bulan dan bintang tanpa asas yang konkrit ini adalah cara yang sama digunakan ketika mereka memenangi pilihanraya umum ke 14. Banyak perkara percuma yang muhyiddin turut sama berjanji ketika itu.

Tol percuma, hutang PTPTN dihapuskan dan pelbagai janji air liur yang lain. Akhirnya mereka mengaku bahawa janji mereka semua adalah bukan dari kitab suci.

Bagaimana Muhyiddin boleh berjanji benda percuma lagi kali ini sedangkan PAS yang memerintah Kelantan lebih dari 30 tahun pun tidak berani menawarkan air percuma malah paling sedih, air di Kelantan adalah air paling kotor yang mereka sajikan kepada rakyat.

Begitu juga di Kedah dan Terengganu. PAS menjadi kerajaan dan tiada janji air percuma juga.

Muhyiddin dan Hadi Awang ingin menipu apa lagi? Mentang-mentang berbohong dan menipu itu percuma maka bangsa Johor bakal dikencing percuma juga?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker