Kronologi kejadian tanah runtuh dari 2021 hingga kini

Kronologi kejadian tanah runtuh dari 2021 hingga kini

Berikut adalah kronologi kejadian tanah runtuh di seluruh negara sejak tahun 2021 hingga kini.

3 Jan 2021

Seramai 14 peniaga gerai di Kampung Geliga di Hulu Chukai, Kemaman, Terengganu diarah menghentikan operasi selepas berlaku kejadian tanah runtuh di belakang deretan premis perniagaan mereka.
4 Jan 2021
Seorang pekerja kebun sayur warga Bangladesh hilang, dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kilometer 92 Jalan Gua Musang-Lojing, Gua Musang, Kelantan.

5 Jan 2021

Dua buah rumah di Taman Gambang Damai, Kuantan, Pahang runtuh pada awal pagi dipercayai akibat pergerakan tanah kesan daripada hujan berterusan.

11 Jan 2021

Seramai 42 penduduk yang mendiami 12 rumah di Jalan Bukit Kempas 1/4, Taman Bukit Kempas, Johor Bahru, Johor diarah mengosongkan kediaman masing-masing selepas berlaku kejadian tanah runtuh di kawasan perumahan mereka.

12 Jan 2021

Seorang nenek berusia 63 tahun bersama anak perempuannya bertindak pantas membawa keluar empat cucunya apabila sebahagian rumah mereka di Kampung Garung, Padawan, Sarawak KM 40 Jalan Puncak Borneo ditimbus tanah runtuh.

Dalam kejadian berasingan, dua rumah turut mengalami kerosakan akibat tanah runtuh di Kampung Annah Sadir, Padawan.

15 Jan 2021

Dua daerah di bahagian selatan Sarawak berhampiran sempadan Malaysia-Indonesia terpaksa bergelap selepas dua kejadian tanah runtuh mengakibatkan bekalan elektrik terputus di Bau dan Lundu.

20 Jan 2021

Tanah runtuh di Kilometer 20 Jalan Tamparuli-Ranau, Sabah kira-kira 90 kilometer dari Kota Kinabalu melibatkan kawasan parkir di Taman Kinabalu manakala Jalan utama di Paitan, Beluran pula mengalami tanah runtuh akibat hujan lebat berterusan menyebabkan bangunan Jabatan Air Paitan tergelongsor.

17 Feb 2021

Sebanyak lapan rumah dan sebuah premis perniagaan telah musnah akibat runtuhan tebing sungai dekat Dataran Air Muleh, Kampung Pohon Celagi, Pasir Mas, Kelantan yang membabitkan seramai 97 penduduk di kawasan tersebut.-AA

Kronologi kejadian tanah runtuh dari 2021 hingga kini

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]

Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]

Kalau Tak Idam Jadi PM, Kenapa Beri Bayangan Akan Kembali? – Zahid Persoal Muhyiddin

Pelakon Bollywood Shah Rukh Khan Ditampar Guru Tari Padah Mengeluh Terlalu Penat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker