Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]

Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]

Ahmad Idham Ahmad Nazri dan Datuk Seri Eizlan Yusof mengakui sangat terkejut dengan tindakan Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah menamatkan khidmat mereka masing-masing sebagai Setiausaha Kebudayaan dan Perunding Kreatif di Kementerian Luar.

Bahkan, Ahmad Idham dan Eizlan juga bingung dan tertanya-tanya apakah alasan yang menyebabkan khidmat mereka ditamatkan.

“Kami tidak tahu apa sebab kami diberhentikan. Tahu-tahu saja dapat surat memaklumkan perkhidmatan kami dihentikan.

“Mungkin rakan-rakan media boleh tolong tanya pada menteri kenapa kami diberhentikan sebab kami sudah tiada akses dengan menteri selepas diberhentikan,” kata Ahmad Idham dalam sidang media secara dalam talian pada Jumaat.

Sidang media itu turut disertai Eizlan yang senada dengan Ahmad Idham bahawa mereka tidak dimaklumkan lebih awal berhubung keputusan Menteri Luar mengambil tindakan sedemikian.

Pada Khamis, Saifuddin memberitahu Sinar Daily bahawa khidmat Ahmad Idham Ahmad Nazri dan Datuk Seri Eizlan Yusof, masing-masing sebagai Setiausaha Kebudayaan dan Perunding Kreatif di Kementerian Luar, sudah ditamatkan.

Bagaimanapun, Saifuddin enggan mengulas mengenai punca penamatan kontrak kedua-dua mereka.

Sebelum ini, media melaporkan, pelantikan Ahmad Idham dan Eizlan selaras objektif membangunkan Diplomasi Budaya di bawah Kerangka Dasar Luar Malaysia pada 1 November, tahun lalu.

Ahmad Idham sebelum itu merupakan Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Akur ditamatkan kontrak – Ahmad Idham

Sementara itu, menurut Ahmad Idham, melalui surat yang diterima pada 28 Februari lalu, khidmat beliau dan Eizlan ditamatkan secara 24 jam berkuat kuasa 23 Februari.

Kata Ahmad Idham, bukan tidak menghormati atau mempersoal keputusan Menteri Luar itu, sebaliknya, apa yang menjadi tanda tanya pada beliau ialah tindakan itu dibuat tanpa mengikut cara dan etika yang betul.

Berpengalaman berkhidmat di dalam agensi kerajaan sebelum ini, Ahmad Idham berkata, sepanjang pengetahuannya, sebelum seseorang pegawai atau kakitangan diberhentikan, harus dikeluarkan surat teguran atau amaran terlebih dahulu.

“Saya pernah duduk dalam agensi kerajaan, saya sedia maklum tatacara kerajaan, tetapi (dalam kes beliau dan Eizlan) itu tidak berlaku.

“Tahu-tahu sahaja pada tarikh itu (28 Februari) saya terima surat penamatkan perkhidmatan,” ujarnya.

Bagi Eizlan pula, tindakan yang diambil Saifuddin terhadap beliau dan rakannya sangat tidak ‘gentleman’. Sebagai seorang menteri, Saifuddin, kata Eizlan, mempunyai pelbagai cara yang boleh dibuat untuk memaklumkan mengenai tindakan menamatkan perkhidmatan beliau dan Ahmad Idham.

“Tindakan ini tidak gentleman daripada menteri, boleh sahaja beliau (menteri) panggil untuk bincang dengan baik.

“Lagipun dalam kes saya hanya lakukan sumbangan kepada kerajaan, tanpa menerima sebarang gaji, bahkan keluar duit sendiri pula untuk berkhidmat di Kementerian Luar.

“Kami hormati keputusan menteri, cuma ralat tak dipanggil bincang. Terus-terang saya katakan kami tidak tahu apa sebab kami diberhentikan,” tegas Eizlan.

Surat tamat kontrak dibuat ketika kena COVID-19 – Ahmad Idham

Dalam sidang media itu, Ahmad Idham juga menarik perhatian mengenai dakwaan kononnya beliau dan Eizlan sedang ‘melobi’ untuk menjadi calon dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Kata Ahmad Idham, dakwaan itu samata-mata mahu melagakan beliau dan Saifuddin .

“Kalau nak masuk politik baik saya jumpa Tan Sri Muhyiddin Yassin,” ringkas jawab Ahmad Idham sambil mengakui beliau adalah ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pimpinan Muhyiddin.

Jumpa Tan Sri Muhyiddin jika saya nak masuk politik – Ahmad Idham

Memahami kedudukan mereka kini yang bukan lagi sebahagian daripada penjawat awam atau lebih tepat bukan lagi pegawai kanan di Kementerian Luar, Ahmad Idham dan Eizlan berkata, mereka sedia untuk mengembalikan semula pasport diplomatik yang ditawarkan sebelum ini.

“Sudah tentu kami akan mengembalikan semula pasport diplomatik kepada kerajaan,” kata Ahmad Idham dan dipersetujui oleh Eizlan.-AA

Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah

Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker