Krisis Rusia-Ukraine: Jeneral Perang Rusia Dibunuh Penembak Tepat Di Ukraine

Krisis Rusia-Ukraine: Jeneral Perang Rusia Dibunuh Penembak Tepat Di Ukraine

KIEV – Seorang jeneral perang kanan  Rusia dilaporkan ditembak mati oleh penembak tepat Ukraine semasa pertempuran di lapangan terbang Hostomel Airfield yang terletak kira-kira 48.2 kilometer dari bandar raya Kiev, lapor akhbar The Sun semalam.

Mejar Jeneral Andrei Sukhovetsky merupakan pegawai paling kanan tentera Rusia yang terkorban sejak Presiden Vladimir Putin melancarkan serangan ke atas Ukraine pada 24 Februari lalu.



Kematiannya diumumkan oleh sebuah kumpulan veteran perang Rusia semalam serta rakan sepasukannya, Sergey Chipilyov di laman media sosial.

Sumber tentera turut mengesahkan bahawa beliau terbunuh akibat terkena tembakan penembak tepat.

Kematian Sukhovetsky dilaporkan berkemungkinan punca tentera Rusia gagal menawan lapangan terbang itu selain serangan terhadap Kiev dihentikan.



Sementara itu, Putin turut mengesahkan kematian Sukhovetsky selain Kremlin memberitahu bahawa seramai 498 askar Rusia telah terkorban dalam peperangan tersebut, manakala lebih 1,500 lagi cedera. – AGENSI

Krisis Rusia-Ukraine: Jeneral Perang Rusia Dibunuh Penembak Tepat Di Ukraine

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah



Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker