Kalau Tak Idam Jadi PM, Kenapa Beri Bayangan Akan Kembali? – Zahid Persoal Muhyiddin

Kalau Tak Idam Jadi PM, Kenapa Beri Bayangan Akan Kembali? – Zahid Persoal Muhyiddin

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan kenyataan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengaku tidak pernah berhasrat untuk menjadi perdana menteri.

Ahmad Zahid dalam satu kenyataan di Facebooknya pada Sabtu berkata, sekiranya benar Muhyiddin tidak pernah berhasrat untuk menjadi perdana menteri, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) tidak akan cuba ‘menyogok’ Ahli Parlimen secara terbuka supaya menyokongnya untuk kekal berkuasa.

“Mari kita fikir sejenak apakah seseorang yang mengaku dirinya tidak pernah berhasrat menjadi Perdana Menteri akan cuba ‘menyogok’ Ahli Parlimen secara terbuka di kaca TV supaya menyokongnya kekal sebagai Perdana Menteri gara-gara terdesak?

“Apakah seseorang yang tidak mengidamkan jawatan Perdana Menteri dalam kata-kata terakhir kepada pegawai-pegawainya di Putrajaya membayangkan dia akan kembali sebagai Perdana Menteri?



“Apakah seseorang yang tidak pernah mahu menjadi Perdana Menteri dalam ceramah politiknya sempena PRN Johor menyatakan kemungkinan dia akan menjadi Perdana Menteri sekali lagi?,” soal Zahid.

Dalam kenyataannya juga, Ahmad Zahid mendakwa Muhyiddin menjanjikan perpaduan atas nama Melayu-Islam untuk mendapatkan sokongan bagi menjadi perdana menteri dua tahun lalu.

“Dia kata saya yang mahu menyokongnya jadi perdana menteri bagi menggantikan Dr Mahathir Mohamad yang meletak jawatan, lalu dia pun jadi perdana menteri.

“Tetapi dia tidak kata bagaimana proksi-proksinya berusaha gigih memujuk wakil rakyat bukan PH termasuk daripada UMNO agar menyokongnya jadi perdana menteri.

“Menjanjikan sebuah perpaduan yang jujur dan ikhlas atas nama Melayu dan Islam, tetapi rupa-rupanya ada udang di sebalik batu dengan kuasa sebagai perdana menteri,” katanya lagi.



Dia berkata demikian mengulas ucapan Muhyiddin dalam kempen PIlihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini yang mendakwa Ahmad Zahid dan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang menyokongnya untuk menjadi perdana menteri, dua tahun lalu.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata dia tidak mahu mengulas perkara itu kerana ada agenda lebih penting, namun Muhyiddin tidak berhenti-henti ‘menyeru’ namanya.

“Saya sebolehnya tidak mahu mengulas tentang bekas tokoh politik kerajaan Pakatan Harapan (PH), Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yasin kerana kita ada agenda yang lebih penting.

“Agenda penting kita bersama rakyat Johor untuk memastikan kestabilan, kemakmuran dan kemajuan dikembalikan di Johor pada 12 Mac ini.



“Tetapi Pengerusi Perikatan Nasional (PN) merangkap Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu tidak henti-henti ‘menyeru’ nama saya,” jelasnya.

Ahmad Zahid juga mendakwa Muhyiddin mahu memperkukuhkan kedudukan partinya dan jawatannya dengan cuba melemahkan UMNO serta ‘mencuri’ dan ‘membeli’ ahli UMNO.

“Mungkin kerana itu dia begitu marah kepada saya, pimpinan serta ahli akar umbi UMNO kerana dapat menghidu muslihatnya dan bertindak,” katanya.

Kalau Tak Idam Jadi PM, Kenapa Beri Bayangan Akan Kembali? – Zahid Persoal Muhyiddin

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah

Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker