Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]

RAKAMAN video seorang wanita menangis sambil meminta tolong didakwa dirasuk roh mendiang Tangmo Nida menjadi tular di aplikasi TikTok.

Menerusi akaun Rawangtan, video berdurasi seminit itu memaparkan seorang wanita meraung sambil memberikan petunjuk lokasi mayat Tangmo.

Video itu dimuat naik di aplikasi berkenaan sehari sebelum penemuan mayat aktres berusia 38 tahun itu pada Sabtu lalu.

VIDEO DIBAWAH:-

Dalam klip berkenaan, wanita berkenaan yang tidak dapat dipastikan identiti itu memberitahu dia sudah lemas dan kesejukan di bawah jambatan.

Wanita dirasuk roh Tangmo Nida.

“Tolong saya sejuk. Saya dah tak larat. Saya ada di jambatan. Saya lemas dalam air. Betul-betul saya sejuk!
“Sesiapa sahaja tolong saya. Mereka tangkap saya dan tenggelamkan saya. Mereka tak bagi saya naik atas. Saya dah mati.Tolong saya, saya dah tak larat. Emak dan ayah tolong, Phi Baht (nama seseorang yang tak dikenali).

Wajah terakhir Tangmo sebelum jatuh bot dan ditemui lemas.

“Phi Baht duduk dekat bot sahaja, tak tolong saya pun. Phi Baht tak nampak ke? Kenapa bodoh? Kenapa tak buat apa-apa? Tak cari saya pun,” kata wanita yang dirasuk itu.

Video dirasuk roh Tangmo itu menerima lebih 12 juta tontonan dan hampir 800,000 tanda suka.

TONTON VIDEO WANITA DIRASUK INI!

Untuk rekod, mayat Tangmo Nida dijumpai oleh pasukan penyelamat tempatan selepas tiga hari hilang dipercayai lemas.

Mayatnya ditemui terapung di sungai sekitar 300 meter dari Pibulsongkram Pier, Nonthaburi, Bangkok, kira-kira 1 kilometer dari lokasinya terjatuh.

Pegawai bahagian Forensik Hospital Umum Polis, Kol Pol Naphat Natthasumon mengesahkan kematian Tangmo akibat lemas kerana terdapat lumpur pada bahagian paru-paru.

Dalam perkembangan lain, pihak polis sedang menyiasat lima individu yang turut berada di dalam bot sama yang dinaiki Tangmo.

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Suara Lelaki Menjerit Suruh Tangmo Nida Ke Belakang Bot’ Netizen Bongkar Video Terakhir [VIDEO]

Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker