‘Suara Lelaki Menjerit Suruh Tangmo Nida Ke Belakang Bot’ Netizen Bongkar Video Terakhir [VIDEO]

‘Suara Lelaki Menjerit Suruh Tangmo Nida Ke Belakang Bot’ Netizen Bongkar Video Terakhir [VIDEO]

VIDEO terakhir Tangmo Nida yang dirakam pengurusnya, Kratik menjadi petunjuk baharu bagi merungkai kematian aktres Thailand itu.

Menurut laporan Thethaiger, video yang dimuat naik di aplikasi TikTok itu memperlihatkan Tangmo sedang memegang gelas minuman sambil menyanyikan lagu dan mengusap rambutnya.

Meskipun video itu diiringi dengan bunyi muzik latar, namun netizen dapat mendengar suara lelaki misteri di sebalik rakaman berkenaan.

Suara itu seakan-akan menjerit meminta seseorang membawa mangsa ke bahagian belakang bot sebanyak dua kali.

“Bawa kawan awak datang ke sini! Bawa kawan awak datang ke sini,” kata seorang lelaki yang tidak dapat dipastikan identitinya itu.

Difahamkan pihak polis kini sedang menyiasat video terakhir Tangmo itu selepas ramai netizen mendakwa mendengar perbualan mencurigakan itu.

VIDEO DIBAWAH:-

Dalam pada itu, salah seorang nelayan di kawasan berkenaan turut mendakwa telah melihat bot tersebut dipandu laju dan membelok tajam di kawasan tengah sungai berkenaan.

Hasil daripada maklumat yang diperolehi, pihak polis memaklumkan akan menyiasat dakwaan itu dengan lebih lanjut.

Dalam perkembangan lain, Polis Thailand memberi amaran dan melarang orang ramai berkongsi foto mayat Tangmo di media sosial.

Menurut wakil polis Yingyot Thepchamnong, penyebaran foto ‘ngeri’ itu boleh memberi kesan kepada keluarga mendiang dan menganggu siasatan pihak berkuasa.

Justeru itu, mereka yang ingkar boleh dikenakan hukuman penjara dan denda

Mayat pelakon berusia 38 tahun ini dijumpai oleh pasukan penyelamat tempatan pada Sabtu lalu selepas tiga hari hilang dipercayai lemas.

Pegawai bahagian Forensik Hospital Umum Polis, Kol Pol Naphat Natthasumon mengesahkan kematian Tangmo akibat lemas kerana terdapat lumpur pada bahagian paru-paru.

Pihak polis juga kini sedang menyiasat lima individu yang turut berada di dalam bot sama yang dinaiki Tangmo.-mSTAR

‘Suara Lelaki Menjerit Suruh Tangmo Nida Ke Belakang Bot’ Netizen Bongkar Video Terakhir [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah

Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker