Jurgen Klopp Berhasrat Tinggalkan Liverpool [VIDEO]

Jurgen Klopp Berhasrat Tinggalkan Liverpool [VIDEO]

Jurgen Klopp mengesahkan bahawa beliau berhasrat untuk meninggalkan Liverpool pada 2024 dan akan mempertimbangkan untuk kekal jika mempunyai tenaga menghadapi cabaran.

Pengendali dari Jerman itu sudahpun mengendalikan Liverpool dalam tempoh enam tahun setengah dan keinginannya kini adalah menjulang trofi lebih besar berbanding sebelum ini selepas kejayaan memenangi Piala Liga Ahad lalu yang diumpamakannya sebagai Liga Juara-Juara.

https://twitter.com/i/status/1499874934704726017



Klopp berada di puncak kerjaya, mental dan fizikal namun beliau menegaskan apa yang bermain difikirannya berhubung kedudukan di kerusi panasnya itu adalah untuk pergi apabila kontraknya tamat dua tahun lagi.

Beliau menandatangani penyambungan kontrak pada Disember 2019 namun tiada lanjutan syarat dalam kontrak berkenaan.

“Amat penting jika saya mempunyai tenaga pada tahap itu. Saya suka apa yang saya lakukan tapi mesti ada sesuatu yang lain di luar sama selain sentiasa memikirkan mengenai pemain yang mahir, tampan, hebat. Tapi saya benar-benar tidak memikirkannya.

“Saya sangat bertenaga tapi saya perlu pastikan perkara itu berlaku (pada masa hadapan).



“Saya tidak mahu untuk duduk dan menjadi letih dan berfikir, ‘Wow! Kenapa semua orang risau tentang perkara di luar saya kerana saya tidak peduli.

Ini adalah kali pertama Klopp bercakap panjang lebar mengenai masa depannya.

Perancangan awalnya adalah untuk kekal selama tujuh tahun, seperti yang dilakukan di Mainz dan Borussia Dortmund namun dia melanjutkan kontrak lima tahun lagi pada 2019 selepas Liverpool menang Piala Eropah yang keenam.

Sekiranya dia kekal hingga Jun 2024, Klopp akan menjadi pengurus Liverpool yang paling lama berkhidmat sejak Bob Paisley yang menguruskan kelab dari 1974 hingga 1983.



“Apabila saya bercakap tentang rancangan, saya maksudkan untuk masa depan kelab.

“Masa depan saya akan baik-baik saja. Saya tidak mempunyai rancang. Saya boleh melakukannya pada saat akhir. Biar seperti ini. Ia tidak menjadi masalah.-HM

Jurgen Klopp Berhasrat Tinggalkan Liverpool [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah



Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker