Pelakon Bollywood Shah Rukh Khan Ditampar Guru Tari Padah Mengeluh Terlalu Penat

Pelakon Bollywood Shah Rukh Khan Ditampar Guru Tari Padah Mengeluh Terlalu Penat

BERKONGSI pengalaman tidak boleh dilupakan sepanjang bergelar anak seni, pelakon terkenal Bollywood Shah Rukh Khan mendedahkan dia pernah ditampar oleh guru tariannya iaitu Saroj Khan semasa mereka berada di set penggambaran.

Menurut laporan Hindustan Times Shah Rukh Khan memberitahu dia ditampar oleh wanita berkenaan kerana mengeluh terlalu penat.

Kata Shah Rukh Khan, ketika itu namanya sedang meningkat naik dan menerima banyak tawaran lakonan.

Shah Rukh menyambung, “Saya memberitahunya, ‘Sarojji, itna kaam hai, thak gaya hoon (Sarojji, saya terlalu letih, terlalu banyak kerja)’.
Dia dengan sikap keibuannya terhadap saya dan dia menampar pipi saya, pyaar se (dengan penuh kasih sayang), dan berkata, ‘Kabhi yeh mat kehna ki zyada kaam hai’ (Jangan sekali-kali mengeluh kerana terlalu banyak kerja).
Dalam bidang kerja ini, tidak pernah ada terlalu banyak kerja. Saya hanya berasa bertuah kerana saya mempunyai banyak pilihan. Jadi, tiada tekanan.”-ceritanya

Gara-gara teguran itu, Shah Rukh Khan berkata dia mula sedar dan lebih bersyukur kerana bakatnya lebih dihargai berbanding orang lain yang masih menanti peluang sama.

Shah Rukh memberi penghormatan kepada Saroj dengan tweet. “Guru tulen pertama saya dalam industri perfileman. Dia mengajar saya selama berjam-jam cara melakukan ‘dip’ untuk menari filem. Salah satu persona yang paling penyayang, penyayang & memberi inspirasi yang pernah saya temui. Akan merindui awak Sarojji. Semoga Allah merahmati rohnya. Terima kasih kerana menjaga saya,” tulisnya

Saroj dimasukkan ke Hospital Guru Nanak Mumbai bulan lalu selepas dia mengadu mengalami masalah pernafasan. “Dia meninggal dunia akibat serangan jantung sekitar jam 2:30 pagi di hospital,” kata anak saudaranya Manish Jagwani kepada agensi berita PTI. Pengebumian beliau berlangsung pada pagi Jumaat di Malad, Mumbai.

Pelakon Bollywood Shah Rukh Khan Ditampar Guru Tari Padah Mengeluh Terlalu Penat

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah

Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker