Tu Dia!! Kerana Ikan 10 Sen Seekor, SOP Pun Kelaut..Pelanggan Tak Hirau Penjarakan Fizikal [VIDEO]

Tu Dia!! Kerana Ikan 10 Sen Seekor, SOP Pun Kelaut..Pelanggan Tak Hirau Penjarakan Fizikal [VIDEO]

Kota Bharu: Tawaran ikan mabong yang dijual dengan harga 10 sen seekor menyebabkan pelanggan sebuah pasar raya di sini, berebut tanpa menghiraukan penjarakan fizikal.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu Superintendan Mohd Suhaimi Ali berkata, kejadian itu dikesan berlaku sempena pembukaan pasar raya itu di Tunjong, hari ini.

“Pada 3 petang tadi, tular satu rakaman video di media sosial mengenai kejadian orang ramai berebut mendapatkan barangan keperluan tanpa mengamalkan penjarakan sosial dan gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4.

“Semakan mendapati berlaku perkumpulan pelanggan di tempat jualan disebabkan orang ramai berebut untuk mendapatkan ikan mabong yang dijual dengan harga 10 sen seekor.

“Kejadian itu berlaku sebaik sahaja selesai majlis perasmian pembukaan pasar raya berkenaan dan ia berlangsung lebih kurang 10 minit sebelum tindakan menghentikan jualan terbabit dilakukan oleh pihak pengurusan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dalam video berdurasi 16 saat itu, kelihatan sekumpulan pelanggan pasar raya berkenaan saling berasak kerana berebut mendapatkan ikan mabong yang dijual dengan harga sangat murah dengan mengabaikan SOP.

VIDEO DIBAWAH:-

Mohd Suhaimi berkata, pihak pengurusan segera menamatkan tawaran harga murah itu dan keadaan kembali terkawal.

“Saya menasihati orang ramai agar tidak menularkan isu terbabit dan sentiasa mematuhi SOP semasa berada di tempat awam.-HM

Tu Dia!! Kerana Ikan 10 Sen Seekor, SOP Pun Kelaut..Pelanggan Tak Hirau Penjarakan Fizikal [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]

Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]

Kalau Tak Idam Jadi PM, Kenapa Beri Bayangan Akan Kembali? – Zahid Persoal Muhyiddin

Pelakon Bollywood Shah Rukh Khan Ditampar Guru Tari Padah Mengeluh Terlalu Penat

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker